Amalan Gaya Hidup Sihat dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah

Main Article Content

Teoh Jia Long

Abstract

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka pengalaman dan pemahaman terhadap gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyelidikan ini juga memberi focus terhadap mengenal pasti faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat dan cabaran untuk mencapai gaya hidup sihat. Beberapa aspek seperti aktiviti fizikal, diet yang seimbang, kesejahteraan mental, corak tidur, motivasi, cabaran harian dan pengurusan tekanan juga diambil kira. Kajian ini Adalah mustahak berikutan kebimbangan gaya hidup tidak aktif dan tingkah laku berkaitan kesihatan yang lemah di kalangan pelajar akibat kekangan masa, tekanan akademik, isu kewangan dan pergantungan terhadap teknologi. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis secara tematik. Dapatan penyelidikan menyarankan kepentingan sokongan institusi dan strategi intervensi yang sesuai untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Dapatan daripada kajian ini amat bermanfaat kepada pihak universiti untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.


 

Article Details

How to Cite
Teoh Jia Long. (2025). Amalan Gaya Hidup Sihat dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 9(1), 85–95. https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7061
Section
Articles