Peranan Kecerdasan Buatan (Ai) dalam Memperkasa Perkembangan Bahasa dan Budaya dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7068Keywords:
Peranan Kecerdasan Buatan (AI), memperkasa perkembangan bahasa dan budayaAbstract
Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (Articial Intelligence, AI) telah membawa perubahan besar dalam bidang pendidikan global, khususnya dalam bidang pembelajaran bahasa dan pemahaman budaya. Dalam konteks pendidikan tinggi, AI bukan sahaja berfungsi sebagai alat teknologi, malah telah menjadi medium pembelajaran yang mempengaruhi cara pelajar berfikir, berkomunikasi dan membina kefahaman terhadap pelbagai budaya. Penggunaan platform AI seperti ChatGPT, Perplexity dan Bing AI semakin meluas dalam kalangan pelajar universiti sebagai sokongan dalam penulisan akademik, penterjemahan bahasa, pembinaan ayat serta pemahaman konteks sosial dan budaya sesuatu bahasa. Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan AI dalam memperkasa perkembangan bahasa dan budaya dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, kajian ini turut menilai sejauh mana AI membantu pelajar memahami nilai budaya lain tanpa mengabaikan budaya tempatan yang menjadi asas identiti mereka. Kajian ini melibatkan seramai 6 orang pelajar universiti yang selalu guna platform AI. Pendekatan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian kes digunakan bagi memperoleh gambaran yang mendalam dan holistik. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti pola, tema dan makna yang berkaitan dengan penggunaan AI. Hasil dapatan kajian ini mempunyai tema yang dibentuk adalah pengalaman, pandangan, cabaran dan strategi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih jelas tentang penggunaan AI secara bijak dan seimbang.