PERANAN AGIHAN ZAKAT SEBAGAI ALAT KEWANGAN SOSIAL ISLAM BAGI MELANGSAIKAN HUTANG GOLONGAN AL-GHARIMIN DI MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v13i.2532Abstract
Zakat is an Islamic social financial instrument. Zakat plays a role in creating a just and prosperous society. Zakat money can only be given to eight asnafs namely the poor, poor, amil, muallaf, riqab, al-gharimin, fisabilillah and ibn sabil. The people of al-gharimin are known as those who are indebted to Islam. The increasingly challenging life and the existence of a borderless world has led to high costs of living especially in urban areas. This led to the emergence of some poor and bankrupt Muslim communities. This factor eventually contributed to the existence of the al-gharimin group. The number of debtors in bankruptcy increases each year. Young people contribute relatively high numbers in the case of bankruptcy. The purpose of this study is to analyze the effectiveness of zakat distribution in helping to alleviate al-gharimin debt in Malaysia. The results show that indebtedness among Muslims is inevitable. Most people in Malaysia are indebted to meet basic needs (dharuriyyat) such as debt to buy first car and first house / property. In this regard, the role of the zakat institution in distributing zakat to asnaf al-gharimin is very significant especially in solving the borrower's debt which involves the need for dharuriyyat. Therefore, proper selection of al-gharimin asnaf should be taken into account in order for the zakat to be distributed to them.
Abstrak
Zakat merupakan alat kewangan sosial Islam. Zakat berperanan mewujudkan masyarakat yang adil dan sejahtera. Wang zakat hanya boleh diberikan kepada lapan asnaf sahaja iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Golongan al-gharimin dikenali sebagai golongan yang berhutang kerana agama Islam. Kehidupan yang semakin mencabar dan wujudnya dunia tanpa sempadan telah menyebabkan kos sara hidup yang tinggi khususnya di kawasan bandar. Ini menyebabkan wujud sebilangan masyarakat Islam yang menjadi miskin dan bankrap. Faktor ini akhirnya menyumbang kepada wujudnya golongan al-gharimin. Bilangan penghutang yang bankrap meningkat setiap tahun. Golongan muda menyumbang angka yang agak tinggi dalam kes kebankrapan. Golongan muda relatifnya menyumbang kepada bilangan besar kes muflis. Tujuan kajian ini ialah untuk
menganalisis keberkesanan agihan zakat dalam mengekang keberhutangan al-gharimin di Malaysia. Dapatan menunjukkan keberhutangan dalam kalangan Muslim adalah tidak dapat dielakkan. Lazimnya individu berhutang untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kereta pertama. Dalam hal ini, peranan institusi zakat dalam mengagihkan zakat kepada golongan al-gharimin adalah amat signifikan terutamanya dalam mengekang hutang penghutang yang melibatkan keperluan asas bersiat darurat. Oleh itu, pemilihan yang sesuai asnaf algharimin perlu diberi penekanan untuk membolehkan agihan zakat dibuat ke atas mereka.