KONSEP DAN ISU HAD KIFAYAH, KEMISKINAN BANDAR DAN JANTINA DALAM PENGAGIHAN ZAKAT

Authors

  • Ahmad Fahme Mohd Ali Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Faisol Ibrahim Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Ridhwan Ab Aziz Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Fuadah Johari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v8i.3015

Keywords:

Zakat, Had Kifayah, Kemiskinan Bandar-Luar Bandar, Jantina Ketua Isi Rumah

Abstract

Zakat merupakan antara sumber kewangan bagi sesebuah negara Islam untuk meningkatkan ekonomi masyarakat khususnya golongan bawahan. Pengurusan kutipan dan agihan zakat yang efektif akan membangunkan kehidupan masyarakat yang unggul. Disebalik peningkatan jumlah kutipan dan agihan zakat, jumlah peningkatan di kalangan golongan fakir dan miskin terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini disebabkan terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pengagihan ini. Pertama, ianya tidak mengambil kira perbezaan antara kos sara hidup
antara kawasan bandar dan luar bandar. Kedua, keperluan jantina ketua isi rumah yang berlainan tidak ditangani dalam pengiraan Garis Kemiskinan Zakat (Had Kifayah). Untuk menjadikan bantuan zakat memberi kesan yang signifikan kepada kualiti hidup golongan fakir dan miskin, satu tindakan yang drastik perlu dilakukan untuk memastikan kualiti hidup mereka adalah terjamin sekurang-kurangnya mendapat barang keperluan dan kecukupan. Nilai bantuan zakat perlu dinilai semula berdasarkan keperluan semasa kerana nilai bantuan yang diberi amatlah kecil berbanding dengan keperluan kehidupan semasa. Ini termasuklah mengambil kira keperluan yang berbeza dan kos sara hidup yang berbeza antara asnaf di kawasan bandar dan luar bandar serta jantina ketua isi rumah. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau kajian-kajian lepas berdasarkan dua faktor penting dalam penetapan Had Kifayah iaitu kemiskinan di antara kawasan Bandar dan luar Bandar dan jantina ketua isi rumah.

Downloads

Published

2014-06-30

How to Cite

Mohd Ali, A. F., Ibrahim, M. F., Ab Aziz, M. R., & Johari, F. (2014). KONSEP DAN ISU HAD KIFAYAH, KEMISKINAN BANDAR DAN JANTINA DALAM PENGAGIHAN ZAKAT. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 8, 14–26. https://doi.org/10.51200/ljms.v8i.3015

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 1329 | Total Downloads: 1333