PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL (BN) DI KAWASAN PARLIMEN DAN DUN MAJORITI PENGUNDI KAUM CINA DI NEGERI SABAH: SATU ANALISIS PERBANDINGAN PRU­-13 DAN PRU-­14

THE ACHIEVEMENT OF BARISAN NASIONAL (BN) AT PARLIAMENTARY AND STATE SEATS IN THE MAJORITY CHINESE AREA IN SABAH: A COMPARATIVE ANALYSIS IN GE­13 AND GE­14

Authors

  • Mohd. Noor Mat Yazid
  • Md. Saffie Abd. Rahim

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1652

Keywords:

etnik, Cina, majoriti, Sabah, ethnic, Chinese, majority, PRU-14 , GE-14

Abstract

Artikel ini membincangkan dan menganalisis pencapaian BN di kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah dalam PRU ke-­13 dan ke­-14. Sebelum PRU 2008, kedudukan BN adalah kukuh di semua kawasan Parlimen dan DUN majoriti kaum Cina di negeri Sabah. Kesemua kawasan parlimen dan DUN majoriti kaum Cina dikuasai oleh BN dengan kukuh, tetapi mulai PRU 2008 dan PRU 2013, keadaan telah berubah. Dalam PRU 2008, sokongan pengundi kaum Cina terhadap BN mula menurun. Walaupun pihak DAP hanya berjaya memenangi satu kawasan Parlimen dan satu kawasan DUN dalam PRU 2008, tetapi sokongan pengundi terhadap BN telah menurun. Dalam PRU ke-­13, Mei 2013 sokongan kepada pembangkang khususnya DAP telah meningkat. Dua buah kawasan Parlimen iaitu P. 172 Kota Kinabalu dan P. 186 Sandakan telah dimenangi oleh calon DAP, manakala empat kawasan DUN iaitu N. 14 Likas, N. 16 Luyang, N. 19 Kepayan dan N. 57 Sri Tanjong telah dikuasai oleh DAP. Sebuah kerusi DUN majoriti pengundi kaum Cina juga dikuasai oleh PKR, iaitu N.15 Api-­Api. Part-parti pembangkang menguasai tujuh kerusi kesemuanya di kawasan majoriti kaum Cina, iaitu dua buah kawasan Parlimen dan lima kawasan DUN. Objektif kajian ini adalah bagi melihat kedudukan BN di kawasan majoriti pengundi kaum Cina dalam PRU ke­-14, iaitu sama ada mengalami perubahan dengan apa yang dicapai dalam dua pilihan raya lepas (PRU 2008 dan 2013), kedudukan yang terkini parti-­parti komponen BN di kawasan majoriti kaum Cina melalui PRU ke14 serta apakah faktor yang dapat menjelaskan kenapa berlaku sedemikian? Kajian ini menggunakan analisis kualitatif berasaskan data sekunder (buku, akhbar dan sebagainya) dan data primer (pemerhatian dan temu bual). Hasil kajian ini merumuskan bahawa terdapat perubahan besar pengundi kaum Cina, khususnya di kawasan majoriti pengundi kaum Cina, sama ada di kawasan DUN atau kawasan Parlimen. Semua kawasan pengundi kaum Cina gagal dikuasai oleh calon BN, sebaliknya dikuasai oleh Parti DAP atau parti-­parti politik dalam kerjasama Pakatan Harapan (PH). Majoriti yang diperoleh calon DAP adalah sangat besar. Sokongan yang sangat lemah diperoleh oleh calon BN. Trend yang berlaku di Sabah ini adalah sama dengan apa yang berlaku di negeri-­negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Sarawak. Kedudukan negeri Sabah sebagai 'simpanan tetap' bagi BN sudah tidak lagi wujud. Sekali gus, perubahan politik yang berlaku di Sabah ini menyumbang kepada perubahan yang berlaku dalam pembentukan kerajaan pusat. Dengan maklumat dan hasil penemuan kajian ini, parti-­parti politik yang berkaitan, khususnya BN yang sekian lama berkuasa di negeri Sabah dapat menggunakannya dalam menganalisis kedudukan dan strategi serta perancangan bagi kepentingan dalam PRU akan datang.

Abstracts
This paper discusses the achievement of BN in State and Parliamentary level in the Chinese majority areas in the GE­-13, 2013 and GE­-14, 2018. Before GE­12, 2008, the position of BN in the state of Sabah in the State and Parliamentary level was very strong. Beginning from GE­-12, 2008 there were some changes to the BN position in Sabah. The result of the GE­-12 2008 had shown that the support of Chinese voters toward BN candidates decreased. Although DAP only won one Parliamentary seat and one state seat in the GE­-12, 2008, we can see that the popular votes of the Chinese voters to BN candidate had declined. In GE-­13, 2013 we can see that the Chinese voters' support to the opposition, especially DAP had increased. Two Parliamentary seats, P.172 Kota Kinabalu dan P.186 Sandakan won by DAP candidates, and four state seats N.14 Likas, N. 16 Luyang, N. 19 Kepayan and N. 57 Sri Tanjong won by the DAP candidates. One of the Chinese majority state seats won by PKR candidate, N.15 Api-­Api. The non­BN political parties (then opposition political parties) won two Parliamentary seats and five states seats. The objective of this study is to analyse the position of BN in the Chinese majority areas in the GE-14; Are there any changes in the two previous general elections (GE-2, 2008 and GE­-13, 2013?). What is the position of the BN in GE-­14 in Chinese majority areas and what factors contributed to that position? This study used primary data (observation and interview) and secondary data (book, newspapers etc.). This study concludes that there are great changes in the pattern of Chinese voters in the GE­-14 at both levels, Parliamentary and state level. All majority Chinese areas are controlled by the non-­BN political parties. BN candidates failed to maintain their position. DAP, Parti Warisan Sabah and PKR gained strong support in gaining a big majority, while BN candidates were very weak. The voters' trend is similar to what had happened in the Federation of Malaya and Sarawak. The voters of Sabah can no longer be considered as 'fixed deposit' by BN. The failure of BN in Sabah contributed to the failure of BN in controlling Federal politics. The findings of this study can be useful for political parties, especially BN in analysing and planning their future political strategies.

Author Biographies

Mohd. Noor Mat Yazid

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Md. Saffie Abd. Rahim

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

References

Berita Harian. 2008. Keluaran Khas, 7 Mac

Berita Harian. 2013. Keluaran Khas, 7 Mei.

Berita Harian. 2018. Keputusan Penuh PRU 14, 11 Mei.

Danny Wong Tze Ken. 2011. Pilihanraya Umum ke-12 di Sabah: Beberapa pemerhatian. Dalam J.M. Fernando, Zulkarnain Abdul Rahman & Sufian Mansor (eds.), Pilihanraya Umum Malaysia ke-12: Isu dan Pola Pengundian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Fernando, J.M. et. al. (eds.). 2011, Pilihanraya Umum Malaysia ke-12: Isu dan pola pengundian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ghazali Mayudin (ed.). 2008. Politik Malaysia: Perspektif teori dan praktik, Bangi: Penerbit UKM

Haris Zuan & Rizal Hamdan (eds.). 2012. Wacana baru politik Malaysia, Petaling Jaya: SIRD Centre.

Ho Hock Guan & Leo Suryadinata (eds.). 2012. Malaysian Chinese: Recent development and prospects. Pasir Panjang, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Milne, R.S & Mauzy, D.K. 1992. Politik dan kerajaan di Malaysia (terjemahan Abdul Rauf Mohd. Napis & Ramlah Muhamad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Noor Yazid. 2011. Percaturan kuasa dan politik pilihanraya, Kuala Lumpur: Utusan Publications

Mohd. Noor Yazid. 2016. Tiang Seri Perlembagaan & Kuasa politik Melayu. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Ooi Kee Beng, et. al. 2008, March 8 eclipsing Mac 13, Pasir Panjang, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Zaini Othman, Eko Prayitno Joko, Ramli Dollah, Amrullah Maraining and Kim Jong Eop. 2016. Malaysia’s 13th General Election: Sabah-Barisan Nasional Fixed-Deposit State?, Southeast Asia Review, Korea, 26(3): 91-118

Published

2019-01-06

How to Cite

Mat Yazid, M. N., & Abd. Rahim, M. S. (2019). PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL (BN) DI KAWASAN PARLIMEN DAN DUN MAJORITI PENGUNDI KAUM CINA DI NEGERI SABAH: SATU ANALISIS PERBANDINGAN PRU­-13 DAN PRU-­14: THE ACHIEVEMENT OF BARISAN NASIONAL (BN) AT PARLIAMENTARY AND STATE SEATS IN THE MAJORITY CHINESE AREA IN SABAH: A COMPARATIVE ANALYSIS IN GE­13 AND GE­14. Jurnal Kinabalu, 271. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1652
Total Views: 580 | Total Downloads: 377