LEGASI SAKARAN DANDAI DALAM POLITIK SEMPORNA: PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN PADA PILIHAN RAYA UMUM KE-14
SAKARAN DANDAI LEGACY IN SEMPORNA POLITICS: DEVELOPMENT AND FALL IN THE 14TH GENERAL ELECTION
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1632Keywords:
Pilihan Raya Umum, legasi kepimpinan, politik Semporna, General Election, leadership legacy, Semporna politicsAbstract
Sakaran Dandai merupakan pemimpin politik berpengaruh di Semporna. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna sejak 1967 sehingga tahun 1994 dan Ahli Parlimen Semporna sejak 1974 sehingga tahun 1990. Dalam tempoh masa berkenaan, beliau bukan sahaja mampu mengekalkan pengaruh dan kuasanya dalam politik Semporna, malahan berjaya menjawat pelbagai jawatan tertinggi politik di peringkat negeri dan persekutuan. Setelah dilantik sebagai Tuan Yang Dipertua (TYT) Negeri Sabah pada Januari 1995 dan bersara dari politik, anak beliau, Nasir Sakaran dipilih menjadi penerus legasi beliau. Nasir Sakaran menjadi ADUN Semporna pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, pengaruh Nasir Sakaran tidak konsisten sehinggalah beliau kalah dalam PRU-14 pada tahun 2018. Kekalahan ini menyebabkan berakhirnya 50 tahun legasi kepimpinan Sakaran Dandai dalam politik Semporna. Justeru, objektif utama artikel ini ialah menganalisis perkembangan kepimpinan legasi Sakaran Dandai dalam politik Semporna serta sebab legasi kepimpinan tersebut gagal dipertahankan pada PRU-14 tahun 2018. Bagi mencapai objektif ini, kaedah penyelidikan perpustakaan dan temu bual dilakukan. Kaedah penyelidikan perpustakaan dilakukan dengan merujuk sumber sekunder dalam bentuk surat khabar yang diperoleh di Arkib Negeri Sabah serta sumber-sumber sekunder lain seperti jurnal dan buku yang diperoleh di perpustakaan universiti dan negeri. Temu bual digunakan bagi membolehkan usaha dokumentasi fakta yang tidak terdapat dalam bentuk penulisan diperoleh. Melalui analisis dan kaedah penyelidikan yang digunakan, kajian ini mendapati bahawa legasi Sakaran Dandai dapat dikekalkan selama 50 tahun disebabkan kepimpinannya yang masih dianggap signifikan bagi pandangan masyarakat Semporna. Walau bagaimanapun, legasi berkenaan tidak kekal relevan sehingga 2018 disebabkan ciri-ciri kepimpinan beliau yang tidak diwarisi oleh legasi kepimpinan selepasnya selain berlakunya perubahan ciri-ciri politik semasa menjelang PRU-14 di Sabah.
Abstract
Sakar Dandai is an influential political leader in Semporna. He became Semporna State Assemblyman from 1967 until 1994 and Member of Parliament from 1974 until 1990. During that period, he not only managed to maintain his influence and power in Semporna's politics but also succeeded in various political positions at state and federal levels. After appointed as Tuan Yang Terutama (TYT) in January 1995 and retired from politics, his son, Nasir Sakaran was 2 elected to be his successor. Nasir Sakaran became Semporna Assemblyman in 1994. However, Nasir Sakaran's influence was inconsistent until he lost to the GE-14 in 2018. The defeat led to the end of the 50 years legacy of Sakaran Dandai's leadership in Semporna's politics. Thus, this study aims to analyse the development of the Sakaran Dandai's legacy in Semporna's politics, as well as the reason for that leadership's legacy, failed to be maintained in the 14th general election in 2018. To achieve the objectives, the research methodology of this study is based on research library and interviews. The primary resources of library research are based on the newspapers found in the Sabah State Archives and secondary sources such as journal and books found in university and state library. Interviews are used to complement the library research especially when the facts are not available in written form. This study discovered that the Sakaran Dandai legacy can be maintained for 50 years because of its leadership that is still considered significant for the Semporna community's view. However, the legacy has remained unchanged until 2018 due to its leadership qualities which were not inherited by its later leadership legacy as well as the changing political character of the current GE-14 in Sabah.
References
Abdul Malik Unar. 1993. Siapa pilihan …?: Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah. Kota Kinabalu: AMU Enterprise.
Asmady Idris dan Suzalie Mohamad. 2014. Kelangsungan dominasi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Kajian Malaysia, 32(2), 171-206.
Bass, B.M., Stogdill, R.M. 1990. Bass & Stogdill’s handbook of leadership: Theory, research and managerial applications. New York: The Free Press.
Baszley Bee Basrah Bee, Md Saffie Abdul Rahim & Sabihah Osman (eds.). 2015. Biografi Tun Sakaran Dandai: Min Rilaut ni bud. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Cook, O. 1991. Borneo the stealer of hearts. Kota Kinabalu: Borneo Publishing Company.
Daily Express. 1964. Ahli2 Parlimen Sabah hadziri mashuarat, 18 Mei
Daily Express. 1966. USNO Bahagian II Semporna Rasmi, 13 Mei
Daily Express. 1972. Datu Eranza tokoh politik muda dari Semporna, 10 Mac
Daily Express. 1972. NC Jakarullah di-pileh lagi, 9 Mac
Daily Express. 1984. USNO-PBS Setuju K-sama untuk Guling Parti Berjaya, 2 April
Daily Express. 1985. Jangan Peralat Sentimen Anti Malaya: Amaran Musa Kepada Parti-Parti Pembangkang. 13 April
Daily Express. 1985. Manifesto Parti Berjaya, 4 Mac
Daily Express. 1985. Rancangan USNO, PBS untuk bawa Sabah Keluar dari M’sia Tidak akan Berhasil-KM, 13 April
Daily Express. 1985. Salahkan dasar pelajaran kebangsaan: Musa bidas pembangkang, 13 April
Daily Express. 1990. Berjaya akan tuntut Labuan jika KL enggan memajukannya sepenuhnya-Harris, 6 Julai
Daily Express. 1990. PBS nafi tiup sentimen permusuhan, 3 Disember
Daily Express. 1990. Pengumuman Rasmi akan di umum bagi membuka jalan untuk penubuhan kerajaan campuran di Sabah, 11 Julai
Daily Express. 1995. Calon BN Nafi dakwaan calon Bebas, 28 Januari
Daily Express. 1995. Sulabayan: BN Mahu Pastikan Kemenangan dengan Majoriti Besar. 26 Januari.
Fiedler, F.E. The contingency model: A Theory of leadership effectiveness. Dalam J.M. Levine & R.L. Moreland (eds.), Small Groups: Key Reading. New York: Psychology Press.
Fleishman, E.A. 2000. Leadership skills for a changing world: Solving complex social problems. The Leadership Quarterly. 11(1), 11-35.
Harian Express, 1981. Rakyat Tolak Calon USNO: Tumbangnya Sakaran Dandai…, 12 April.
Khusairie Talib. 1991. PBS Keluar Membela Maruah. Kuala Lumpur: Goldana Corporation Sdn. Bhd.
Khusairie Talib. 1994. Pairin Kitingan: Wawasan & Cabaran. Kota Kinabalu: Goldana Corporation Sdn. Bhd.
Kinabalu Sabah Times, 1972. Dato Peter Lo temui ahli2 SCA Semporna, 13 Julai
Mahat Jamil. 2017. Liputan radio Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah 1976. Di mana silapnya? Jurnal Komunikasi Borneo (Edisi Khas Konvokesyen Ke-19 UMS), 67-84
Mat Zin Mat Kib (ed.). 2016. Pluralisme: Etnisiti Sabah dan Sarawak. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Mat Zin Mat Kib. 2011. Sumbangan Sabah Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: Relevensi Politik Pembangunan, Jurnal Melayu. 6, 105-120.
Media Star. 2013. Kabinet Sabah Gabungkan Muka Lama dan Baharu, 10 Mei.
Mohammad Agus Yusoff. 1992. Politik Akomodasi di Sabah 1962-1992. Kuala Lumpur: Laser Skill. Sdn. Bhd.
Mohd Azri Ibrahim. 2014. Pilihan Raya dan tingkah laku pengundi dalam PRU 2008: Kajian kes di wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Jurnal Kinabalu. 20, 55-80
North Borneo News. 1963 Semporna Plans M-Joy. 27 Julai
North Borneo News. 1963. Sambutan Ulang tahun USNO, 8 Januari
Ramli Dollah & Eko Prayitno Joko. 2015. Dasar ‘Memakmurkan Jiran’ dan penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di Selatan Filipina. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 42(1), 77-112
Sabah Times, 1965. Dato Lojingau Gets Warm Reception In Semporna, 3 April
Sabah Times, 1985. Sakaran Sworn in for record 7th term, 20 Mei
Sabah Times. 1967. Pemimpin UPKO diyakini bersih dan tidak berkorupsi: UPKO berchita2 kekayaan negeri bukan untok sesuatu kumpulan tetapi ialah untok rakyat, Pemimpin Agong B’Putra, 3 April
Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Bumiputera Sabah 1881-1941. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.
Syahruddin Hj Awg Ahmad. 2010. Kempen dan pembujukan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Temu bual, Datu Johor Datu Bakkial, 51 Tahun, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bum-Bum, Pulau Bum-Bum. Mac 2018. Isu Politik di Semporna
Temu bual, Hamdan Abdullah. 56 Tahun. Pengundi. Kampung ayer Semporna. April 2018. Isu dan Politik Semporna.
Temu bual, Mohd Ghazalie Hindi. 45 Tahun. Aktivis Politik. Semporna. Mei 2018. Isu dan Politik Semporna.
Temu bual, Wasli Raiman, 51 tahun, Pengundi di Kampung Bum-Bum, Pulau Bum-Bum. Mac 2018. Isu dan Politik Semporna
The Kinabalu Times, 1967. His People In Semporna, 18 Mac
Wan Shawaluddin Wan Hassan & Md Saffie Abd Rahim. 2008. Pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pilihan raya 2008 di Sabah, Jurnal Kinabalu. 14, 132-142
Wan Shawaluddin Wan Hassan, et. al. 2012. Illegal immigrants and the elections in Sabah, Malaysia. Korean Review of Crisis and Emergency Management, 8(3), 249-267