AKSESIBILITI PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH

ACCESSIBILITY OF PUBLIC TRANSPORTATION IN CITY CENTER OF KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Saravanan Sundara Sakaran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Harifah Mohd Nor Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Oliver Valentine Eboy Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v25i.2104

Keywords:

Aksesibiliti, pengangkutan awam, pusat bandaraya, Kota Kinabalu, Accessibility, public transport, city center

Abstract

Aksesibiliti pengangkutan awam merupakan satu indikator penting dalam mengukur perancangan pengangkutan dan juga turut memainkan peranan penting dalam pergerakan penduduk khususnya di sesebuah bandar. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan dan mod perkhidmatan bas awam yang menggunakan laluan utama untuk ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Sumber primer melalui pemerhatian langsung di lokasi kajian dan temu bual mendalam secara berstruktur diaplikasikan dalam penyelidikan ini untuk mendapatkan data kekerapan bas awam agar aksesibiliti bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu dapat diperhatikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kemudahan perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas mini di kesemua laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Penemuan ini membuktikan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai aksesibiliti yang baik menerusi perkhidmatan pengangkutan awamnya. Namun, terdapat beberapa isu aksesibiliti perkhidmatan bas awam di laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Antaranya ialah kekerapan perkhidmatan bas awam yang tidak seimbang pada waktu puncak dan waktu normal. Bukan itu sahaja, terdapat juga laluan utama yang tidak mempunyai perkhidmatan bas awam sama sekali dan isi ini kurang mendapat pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab. Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada aksesibiliti seseorang yang ingin bergerak dari satu destinasi ke destinasi di Bandaraya Kota Kinabalu. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu pada masa yang akan datang.

 

 The accessibility of public transportation is an important indicator in measuring transportation planning and it also plays an important role in the mobility of the people, especially in a particular city. This article aims to identify the frequency and mode of public buses that give services along the main route to Kota Kinabalu city center. Primary sources through direct observation at the study site and in-depth structured interviews are
applied in this research in order to obtain public bus data. This is to provide a clear view of the accessibility of public buses in Kota Kinabalu. The findings showed that there were services of stage buses and minibuses along all major routes in Kota Kinabalu city. The findings prove that Kota Kinabalu has good accessibility through its public transportation services. There are several issues of accessibility to public bus services on the main route to Kota Kinabalu city center in this research. Among them is the frequency of unbalanced public bus services between peak and normal hours. There is also a major route that does not get public buses at all, and lack of monitoring regarding the route issue among the responsible authorities. As a result, it will indirectly affect the accessibility of a person to reach his or her destinations in Kota Kinabalu city. The findings of this research will help the authorities to improve the quality of public bus services in Kota Kinabalu city in the future.

Published

2019-11-28

How to Cite

Sundara Sakaran, S., Mohd Nor, H., & Valentine Eboy, O. (2019). AKSESIBILITI PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH: ACCESSIBILITY OF PUBLIC TRANSPORTATION IN CITY CENTER OF KOTA KINABALU, SABAH. Jurnal Kinabalu, 25, 21–46. https://doi.org/10.51200/ejk.v25i.2104
Total Views: 2327 | Total Downloads: 2325