PENGURUSAN INTEGRASI KERJA-KEHIDUPAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DAN UITM CAWANGAN SABAH

WORK-LIFE INTEGRATION MANAGEMENT AMONG ACADEMICIANS AT UMS AND UITM SABAH

Authors

  • KEE Y SABARIAH KEE MOHD YUSSOF Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah
  • DZURIZAH IBRAHIM Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v26i2.2774

Keywords:

gender, Pengurusan kerja-kehidupan, Work-life management, work-life integration, work-life balance, integrasi kerja-kehidupan, keseimbangan kerja-kehidupan, academicians

Abstract

ABSTRAK Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja tanpa mengira jantina.  Pada era globalisasi hari ini, bukan wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja lelaki turut mengambil berat akan hal ini. Kajian ke atas tenaga akademik di dua buah universiti awam di Sabah yang bertujuan untuk meneroka sejauhmana pekerja lelaki dan wanita melihat kepentingan pengurusan integrasi kerja-kehidupan dalam mengendalikan tanggungjawab kerja dan tanggungjawab keluarga, mendapati bahawa jantina lelaki dan wanita mempunyai persepsi yang sama terhadap kepentingan pengurusan integrasi kerja-kehidupan. Oleh itu, peranan organisasi dalam menganjurkan program-program berkaitan pengurusan integrasi kerja-kehidupan amat diperlukan agar dapat membantu pekerja menguruskan pekerjaan seharian dan tanggungjawab terhadap keluarga serta menguruskan hal berkaitan kehidupan dengan lebih efektif. Sebagai aset dalam organisasi pekerja memerlukan dorongan dan motivasi dari masa ke semasa agar mereka sentiasa memberi komitmen terhadap tugas harian dan pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

 

ABSTRACT Work-life integration is an important element of an employee's career regardless of gender. In today's era of globalization, not only female with dual-career interests are concerned with the integration of career and life, but male workers are also concerned about this issue. A study of academic staff at two public universities in Sabah aimed at exploring how male and female workers view the importance of work-life integration management in managing work and family responsibilities, found that both male and female workers have similar perceptions of the importance of work- life. Therefore, the role of organizations in organizing programmes related to managing work-life integration is essential to help employees manage daily work and family responsibilities and to manage life-related matters more effectively. Employees as assets in an organization need encouragement and motivation from time to time so that they remain committed to their daily tasks and at the same time neglect their responsibilities to the religion, family and society.

References

Blyton, P., & Dastmalchian, A. (2006). Work-life integration and the changing context of work. Dlm. Blyton, P., Blunsdon, B., Reed, K., & Dastmalchian, A. (Eds.). Work-life integration. International Perspectives on the Balancing of Multiple Roles. Hampshire, New York: Palgrave Macmillan.

Davis, E., & Kalleberg, L. (2006). Family-friendly organizations? Work and family program in 1990s. Work and Occupations Journal, 33(2), 191–224.

Dzurizah Ibrahim. (2015a). An overview of work-life management practices from Malaysian perspective. International Business Management, 9(4), 514–523.

Dzurizah Ibrahim. (2015b). An overview of the state’s influences on workers’ work-life integration in Malaysia. International E-Journal of Advances in Social Sciences, 1(2), 163–173.

Friedman, S. D. (2015). Empowering individuals to integrate work and life: Insights for management development. Journal of Management Development, 34(3), 299–315.

Published

2020-12-23

How to Cite

KEE MOHD YUSSOF, K. Y. S. . ., & IBRAHIM, D. . (2020). PENGURUSAN INTEGRASI KERJA-KEHIDUPAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DAN UITM CAWANGAN SABAH: WORK-LIFE INTEGRATION MANAGEMENT AMONG ACADEMICIANS AT UMS AND UITM SABAH. Jurnal Kinabalu, 26(2), 217. https://doi.org/10.51200/ejk.v26i2.2774
Total Views: 741 | Total Downloads: 974