Pergerakan Kesatuan Sekerja Di Sabah Pada Era Pra Malaysia Hingga Tahun 1999
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.v18i.492Keywords:
Pergerakan kesatuan sekerja, era pra Malaysia, era pascamerdeka, SabahAbstract
Kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mewakili kepentingan pekerja dalam pelbagai aspek, khususnya kepentingan ekonomi dan sosial pekerja. Kebajikan para pekerja cuma akan terpelihara jika mereka bersatu padu dan bergerak secara kolektif. Perjuangan terhadap upah dan peningkatan taraf hidup sudah bermula seawal bermulanya sejarah revolusi industri di Eropah. Di Sabah, perkembangan kesatuan sekerja juga sudah wujud sebelum era penubuhan Malaysia. Pergerakan kesatuan sekerja di Sabah sememangnya agak penting bila dilihat daripada perspektif sistem hubungan industrinya. Hal yang jelas ialah kebangkitan pergerakan kesatuan sekerja yang meningkat sejak tahun 1962 hingga tahun 1999 sememangnya menunjukkan satu pertumbuhan penting dalam arena hubungan industri di Sabah. Justeru, makalah ini ditulis bersandarkan kajian awal tentang pergerakan kesatuan sekerja di Sabah sejak tahun 1962 (sebelum menyertai Malaysia) hinggalah tahun 1999. Takrif kesatuan sekerja, model kesatuan sekerja serta perkembangan pendaftaran kesatuan, jenis kesatuan yang wujud serta densiti keahlian dalam tempoh antara 1962 hingga 1999 dalam konteks negeri Sabah akan menjadi fokus perbincangan.