PENGETAHUAN PELAJAR DAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG, SABAH

STUDENT KNOWLEDGE AND SOLID WASTE MANAGEMENT PRACTICES IN PENAMPANG DISTRICT SECONDARY SCHOOL, SABAH

Authors

  • CHONG OI MIN Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • MOHAMMAD TAHIR MAPA Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v27i1.3641

Keywords:

Kategori sisa, pendidikan alam sekitar, penjanaan komposisi sisa pepejal, penglibatan, pengurusan sisa pepejal, penyertaan, Waste categories, environmental education, solid waste composition generation, involvement, solid waste management, participation

Abstract

Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan antara isu yang dihadapi oleh negara kita. Kemajuan ekonomi negara dan peningkatan jumlah pelajar sekolah merupakan faktor utama penambahan jumlah penghasilan sisa pepejal. Kajian tinjauan pendapat dan temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal, pengetahuan alam sekitar pelajar dan amalan pengurusan sisa pepejal dengan pemilihan responden daripada pelajar tingkatan empat secara rawak. Instrumen yang dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 320 pelajar di dua buah sekolah menengah daerah Penampang. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sedar dan mengetahui masalah pengurusan sisa pepejal di sekolah tetapi amalannya masih tidak dapat dilakukan oleh semua warga sekolah. Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar di sekolah sebagai penyelamatnya. Namum begitu, mereka tidak mempedulikan perkara ini. Kajian juga meninjau penglibatan dan penyertaan kontraktor sekolah dalam pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh Syarikat Alyssa Enterprise Sendirian Berhad dan Majlis Daerah Penampang. Kerjasama dan tanggungjawab daripada semua pihak adalah sangat penting untuk menjayakan semua aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekolah. Oleh itu, hasil dapatan artikel ini mampu memberi pandangan luas terhadap pengetahuan pelajar dan jumlah penjanaan komposisi sisa pepejal yang dihasilkan supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan pengurusan sisa pepejal dengan lebih berkesan dan cekap pada masa hadapan.

 

The problem of inefficient solid waste management is one of the issues in our country. The economic development of the country and the increase in the number of school students is the main factor in the increase in the amount of solid waste production. This opinion survey and interview study aimed to identify the composition of solid waste, students’ environmental knowledge and solid waste management practices by randomly selecting respondents from form four students. The instrument used was a questionnaire distributed to 320 students in two secondary schools in Penampang District. This study found that students are aware of the problem of solid waste management in schools but the practice is still not possible for all school people. Respondents are quite concerned about environmental education in schools as their savior. However, they still behave and behave indifferently. The study also examined the involvement and participation of school contractors in solid waste management provided by Alyssa Enterprise Sendiri Berhad and Penampang District Council. Cooperation and responsibility from all parties is very important for the success of all solid waste management activities in schools. Therefore, the findings of this article are able to provide a broad view of students’ knowledge and the amount of solid waste composition generated so that the school can take solid waste management action more effectively and efficiently in the future.

References

Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Ethel, S. D., Mohamad Tahir, M., Abdul Hair, B., George, E., & Dinggai, M. S. (2020). Pengurusan sisa pepejal bandar: Penelitian ke atas kerjasama swasta dan awam di Kuching, Sarawak. Jurnal Kinabalu, 26(2), 63-80.

Hageman, K. (1989). How to make a good recycling program better. Biocycle, April, 62-64.

Haidy Hendry Dusim. (2019). The sustainability of solid waste management from the perspective of policy: Towards a sustainable solid waste management in Kota Kinabalu. Tesis Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sabah: Kota Kinabalu.

Hanifah Mahat, Mohamad Suhaily, Y. C. N., & Nurul Izza, A. (2015). Kajian tahap amalan kelestarian dalam kalangan murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Hulu Langat, Selangor. Geografia, 3(1), 25-36.

Hanifah Mahat, Mohamad Suhaily, Y. C. N., & Shaharuddin, I. (2013). Satu kajian pentingnya pengetahuan guru dalam pelaksanaan program sekolah lestari. Jurnal Perspektif, 5(2), 75-92.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement.

Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wiley and Sons Inc. Mohd Hamdan & Diana Demiyah. (2017). Perspektif pengguna Sabah terhadap alam Sekitar. Jurnal Kinabalu, 23(1), 87-114.

Muhamad Azahar Abas. (2013). Pelupusan sisa pepejal: Kajian sistem kitar semula satu aliran di Pusat Pengajian Sains Matematik dan Sains Komputer (Bangunan G31) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tesis Sarjana Sains (tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Muhamad Azahar Abas & Wee, S. T. (2016). The issues of policy implementation on solid waste management in Malaysia. International Journal of Conceptions on Management and Social Sciences, 2, 2357-2787.

Murugan Mini Ratamun. (2019). Pengetahuan dan amalan kitar semula oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan IPGK, 16.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii & Wee, S. T. (2016). Pendidikan alam sekitar sebagai medium utama dalam konteks meningkatkan kesedaran alam sekitar: Satu tinjauan persepsi dari sudut pandangan pentadbir, guru, ibu bapa dan murid. Prosiding Seminar Antarabangsa ke-6 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran di Alam Melayu.

Rosmidzatul Azila Mat Yamin. (2015). Kitar semula. Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Schmerling, E. (1990). Recycling container choices. BioCycle. March, 36-37.

Ye Hein Naing. (2009). Factors influencing the practice of household waste management among Myanmar migrants in Muang District, Ranong Province, Thailand. Tesis Sarjana (tidak diterbitkan). Chulalongkorn University, Bangkok.

Published

2021-06-30

How to Cite

CHONG OI MIN, & MOHAMMAD TAHIR MAPA. (2021). PENGETAHUAN PELAJAR DAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG, SABAH: STUDENT KNOWLEDGE AND SOLID WASTE MANAGEMENT PRACTICES IN PENAMPANG DISTRICT SECONDARY SCHOOL, SABAH. Jurnal Kinabalu, 27, 21–38. https://doi.org/10.51200/ejk.v27i1.3641
Total Views: 1098 | Total Downloads: 1810