PENGURUSAN SISA TOPENG MULUT DAN HIDUNG SEBAGAI SISA BERISIKO: KAJIAN AWAL TERHADAP PENCEGAHAN PENULARAN VIRUS COVID-19 DI SABAH
MANAGEMENT OF FACE MASK WASTE AS RISKY WASTE: A PRELIMINARY STUDY ON THE PREVENTION OF COVID-19 VIRUS TRANSMISSION IN SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.v27i.3672Keywords:
Pengurusan topeng mulut dan hidung, pengurusan sisa pepejal mapan, virus COVID-19, pembangunan mapan, sisa berisiko dan penyakit berjangkit, Mask management, solid waste management, COVID-19 virus, sustainable development, risk waste and contagious deceaseAbstract
Isu penularan wabak virus Corona atau COVID-19 telah mengubah landskap kehidupan manusia ke arah lebih berhati-hati, termasuklah pemakaian topeng mulut dan hidung semasa berurusan di luar kawasan rumah. Langkah awal pencegahan virus COVID-19 yang perlu dilakukan oleh masyarakat awam adalah memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri. Oleh hal yang demikian, permintaan topeng mulut dan hidung di pasaran semakin meningkat dan kerajaan telah meningkatkan pengeluaran topeng mulut dan hidung melalui pengeluaran kilang tempatan dan import dari negara luar. Hal ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap penularan COVID-19 ini adalah tinggi dan jumlah penggunaan topeng mulut dan hidung juga adalah tinggi. Namun demikian, masalah baharu yang timbul adalah kaedah pelupusan topeng mulut dan hidung tidak diuruskan dengan sewajarnya. Setakat ini, topeng mulut dan hidung tidak dikategorikan sebagai sisa berbahaya atau sisa klinik. Masyarakat membuangnya sebagai sisa biasa. Walaupun topeng mulut dan hidung ini tidak dikategorikan sebagai sisa berbahaya, tetapi hal ini perlu diambil serius memandangkan penularan wabak COVID-19 ini sangat cepat dan boleh menular melalui topeng mulut dan hidung yang telah dibuang. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti potensi penularan virus COVID-19 melalui topeng mulut dan hidung dan kaedah pengurusan sisa topeng mulut dan hidung bersepadu oleh pihak berkuasa tempatan(PBT) dan masyarakat yang sewajarnya sebagai sisa berisiko. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan fakta kajian lepas dan pemantauan umum untuk mendapatkan jawapan kepada objektif yang hendak dicapai. Hasil kajian menunjukkan bahawa sisa topeng dan mulut sangat berpotensi sebagai agen penularan virus COVID-19 sekiranya tidak diurus dengan cara yang betul. Kajian ini juga telah mengklasifikasikan sisa topeng mulut dan hidung sebagai sisa berisiko. Oleh itu, kajian ini memperkenalkan kaedah pengurusan sisa topeng mulut dan hidung yang sesuai demi mengelakkan daripada berlaku jangkitan kepada pengendali sisa. Kajian ini sangat penting dilaksanakan bagi mengelakkan kewujudan kluster baharu yang diakibatkan
oleh kecuaian pengurusan sisa topeng mulut dan hidung.
The issue of the Corona virus outbreak or COVID-19 has changed the landscape of human life in a more cautious way including the use of masks when working outside the home. The first step in preventing the COVID-19 virus from the public is to wear a mask and regularly wash hands and maintain hygiene. As a result, the demand for masks in the market is increasing and the government has increased the production of masks through the production of local factories and imports from abroad. This indicates that the public is aware of the high prevalence of COVID-19 and that the use of masks is high. However, a new problem is a method of disposing of masks not being properly managed. So far. The masks are not categorized as hazardous or clinical waste. People remove masks as normal waste. Although masks are not categorized as hazardous wastes, they do need to be taken seriously as the COVID-19 outbreak is extremely rapid and can spread through the masked. Therefore, this study will identify the potential for transmission of the COVID-19 virus through the masks and integrated masks waste management methods by local authorities and the community as hazardous waste. This study uses content analysis methods based on past research facts and general monitoring to get answers to the objectives to be achieved. The results show that masks are highly potential agents of transmission of COVID-19 virus if not managed properly. This study has also classified residual masks as risky wastes. Therefore, this study introduces the appropriate mask waste management method to prevent infection from waste operators. This study is very important to prevent the existence of new clusters as a result of neglected management of masks.
References
Abdul Hair Beddu Asis. (2016). Pengurusan tapak pelupusan mapan melalui
pendekatan kitar semula di Sabah. Tesis PhD (tidak diterbitkan). Universiti
Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Akta Kerajaan Tempatan 1976. (2007). Undang-undang Kecil Pemungutan,
Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap. Susunan Undang-undang Kecil.
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Alex W. H. Chin et al. (2020). Stabiliyt os SARS-CoV-2 different environmental
conditions. The Lancet Journals, 1(1).
Asadi, S. et al. (2019). Aerosol emission and superemission during human speech
increase with voice loudness. Sci. Reports, 9, 1–10.
Berita Awani. (25 Mac 2020). Topeng dibuang begitu sahaja, kontraktor kutip sampah
hadap bahaya.
Berita Harian. (20 April 2020). Topeng mulut dan hidung kehabisan stok.
Bernama. (8 Februari 2020). Pengilang keluar tambahan 400,000 topeng hidung
dan mulut sehari.
Buku Poket. (2014). Maklumat asas pengurusan dan pengoperasian sisa pepejal &
pembersihan awam Malaysia. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (PPSPPA).
Chan, J. F. et al. (2020). A familial cluster of pneumonia associated with the 2019
novel coronavirus indicating person-to-person transmission: A study of a
family cluster. The Lancet. https://doi.org/10.1016/s0140-6736(20) 30154-9.
Condon, B.J., & Sinha, T. (2010). Who is that masked person: The use of face masks
on Mexico City public transportation during the influenza a (h1n1) outbreak.
Heal. Policy, 95, 50-56.
Cowling, B. J. et al. (2020). Impact assessment of non-pharmaceutical interventions
against COVID-19 and influenza in Hong Kong: An observational study.
medRxiv.
Davies, A. et al. (2013). Testing the efficacy of homemade masks: Would they protect
in an influenza pandemic? Disaster Medicine Public Heal. Prep, 7, 413–418.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. (2020). Jadual pengutipan sampah. Laman rasmi
DBKK.
Dharmadhikari, A.S. et al. (2012). Surgical face masks worn by patients with
multidrug-resistant tuberculosis: Impact on infectivity of air on a hospital ward
Am. Journal Respiratory Critical Care Medicine, 185, 104–1109.
Feng, S. et al. (2020). Rational use of face masks in the COVID-19 pandemic. The
Lancet Respir. Medicine.
Fraenkel, J., & Wallen, N. (2007). How to design and evaluate research in education.
New York: Mc Graw Hill.
Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020, Annex 1-35,
Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my/index.php/pages/
view/2019-ncov-wuhan-guidelines.
Glaser, B., & Strauss, A. (1967). The discovery of grounded theory strategies for
qualitative research. California: Sociology Press.
Google Earth. (2020). Peta Negeri Wilayah Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Diakses
dan diubah suai pada 14 Jun 2020.
Jabatan Alam Sekitar dan Air. (2020). Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar.
Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. https://www.doe.gov.
my/portalv1/ Diakses pada 20 April 2020.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2020). Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Malysia. https://jpspn.kpkt.gov.my/
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Statistik penduduk daerah Kota Kinabalu.
Laman Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. https://www.dosm.gov.my
Jabatan Perangkaan. (2010). Jumlah Penduduk Kota Kinabalu.
Kampf, G. et al. (2020). Persistence of coronaviruses on inanimate surfaces and their
inactivation with biocidal agents. Journal of Hospital Infection.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-3. (1994).
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Laporan pengurusan sisa klinikal di fasiliti
kesihatan KKM. Seksyen Operasi Klinik.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2019). Penggunaan topeng mulut dan hidung.
Laporan Akbar Kementerian Kesihatan Malaysia 12 September 2019.
L. Tian et al. (2020). Calibrated intervention and containment of the covid-19
pandemic (2020).
Leffler, C. et al. (2020). Country-wide mortality from the novel coronavirus
(COVID-19) pandemic and notes regarding mask usage by the public.
Technical report.
Leung, N.H. et al. (2020). Respiratory virus shedding in exhaled breath and efficacy
of face masks. Nat. Medicine, 1-5.
Moosa, A. (2007). Operational risk management. New York: Palgrave MacMillan.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). (2015).
Perbezaan Pengurusan Sisa Pepejal. http://www.ppsppa.gov.my/index.php/
ms/program- kami/kutipan-sisa-pepejal.
WHO. Coronavirus Disease 2019. (COVID-19). WHO, 2020. Situation Report 23.