Hubungan Persekitaran Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Enam

Authors

  • Apidah binti Amin SMK Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4278

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persekitaran pembelajaran pelajar berdasarkan faktor demografi (jantina, umur, kaum dan aliran)  dan pencapaian akademik pelajar tingkatan enam. Kajian ini turut mengkaji tahap persekitaran pembelajaran dari segi kemudahan fasiliti, persekitaran bilik darjah dan pengajaran guru dan hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan enam SMK Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Dalam kajian ini, seramai 110 orang pelajar telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata (stratified random sampling) bagi mewakili populasi iaitu 153 orang pelajar sebagai responden kajian.  Sekolah yang dikaji adalah  di SMK Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Data yang diperolehi adalah menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (Ujian-t, Ujian ANOVA dan Korelasi). Darjah kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) bagi keseluruhan persekitaran pembelajaran adalah .929 manakala pencapaian akademik adalah .880. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap persekitaran pembelajaran dan tahap pencapaian akademik adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan enam di SMK Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini memberi impak kepada sekolah dalam mengadakan program kecemerlangan akademik berkaitan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tingkatan enam.

Published

2023-02-27
Total Views: 2214 | Total Downloads: 8695