Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kebimbangan Matematik Sekolah Rendah

Authors

  • Sitti Sham Amir Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Rahayu Mohd Hashim Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah
  • Khairuddin Abdullah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

The Modified Abbreviated Mathematics Anxiety Scale (mAMAS) merupakan satu instrumen pengukuran kebimbangan matematik bagi murid sekolah rendah. Pengadaptasian mAMAS di Malaysia menjadi keperluan bagi memudahkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah. Kajian melibatkan 214 murid tahun lima di tiga buah sekolah rendah di Semporna. Kaedah terjemahan hadapan dan belakang digunakan untuk menterjemah soal selidik mAMAS oleh tiga orang penterjemah hadapan dan seorang penterjemah belakang. Dua pakar bertindak menyemak kesesuaian dan kesepadanan hasil terjemahan merentasi bahasa. Melalui Confirmatory Factor Analysis (CFA) mengesahkan dapatan Carey et al. (2017) iaitu terdapat dua domain dalam mAMAS melibatkan kebimbangan pembelajaran matematik dan kebimbangan pentaksiran matematik serta sembilan item dikekalkan. Analisis kebolehpercayaan mAMAS menggunakan pekali Alfa Cronbach mendapati mAMAS berupaya mengukur kebimbangan matematik murid sekolah rendah  (α=0.884) serta mengukur kebimbangan pembelajaran matematik (α=0.857) dan kebimbangan pentaksiran matematik (α=0.8126). Implikasi kajian ini dapat mengembangkan kajian melibatkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah di Malaysia.

Published

2024-03-29
Total Views: 39 | Total Downloads: 37