Kit Bibliosfera: Pembelajaran berkesan terhadap pelajar pemulihan khas

Bibliosphere Kit: Enhanced learning for special rehabilitation students

Authors

  • Azean Idrus Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia
  • Hazim Fikri Azman Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia
  • Muhammad Nizam Aubaidullah Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia
  • Nur Aqilah Husna Safuan Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia
  • Nurul Farah A’in Tajuddin Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia
  • Nurain Syamila Mohd Zamri Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v13i1.6799

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka keberkesanan pengaplikasian Kit Bibliosfera dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Pemulihan Khas di SK Pekan Pagoh, Johor. Kit Bibliosfera dibangunkan berasaskan perisian Microsoft PowerPoint yang digabungkan dengan aplikasi interaktif berunsur gamifikasi seperti Kahoot. Penggunaan kit ini dilihat berpotensi meningkatkan kualiti pembelajaran murid yang menghadapi cabaran pemprosesan maklumat secara perlahan dan masalah ingatan jangka pendek yang sememangnya mengganggu pembelajaran di sekolah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah campuran eksplanatori dalam pengumpulan serta penganalisasan data. Sampel kajian yang dipilih merupakan 10 orang murid pemulihan dari SK Pekan Pagoh, Johor dari pelbagai latar dan tahun yang berbeza. Instrumen yang digunakan ialah ujian membaca sebelum dan selepas Kit Bibliosfera diperkenalkan dalam sistem pembelajaran seharian para murid tersebut. Penilaian instrumen tertumpu kepada pengenalan huruf vokal dan konsonan, suku kata terbuka dan tertutup, diftong dan pembacaan ayat mudah. Data dianalisis secara deskriptif bagi menggambarkan tahap kemahiran membaca murid sebelum dan selepas penggunaan Kit Bibliosfera. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap beberapa murid dan peningkatan ketara terhadap keseluruhannya selepas pengimplementasian Kit Bibliosfera dalam penerapan kemahiran literasi dan potensi intervensi digital. Seterusnya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi yang interaktif dalam sesebuah bahan pembelajaran mampu membawa kepada sistem pendidikan yang berkesan dan inklusif.

(This study aims to explore the effectiveness of the Bibliosfera Kit in enhancing reading skills among special rehabilitation students at SK Pekan Pagoh. The Bibliosfera Kit, developed using Microsoft PowerPoint, combines interactive applications with gamification elements such as Kahoot. The application of this kit is seen as having the potential to improve the quality of learning for students who struggle with slow information processing and short-term memory issues, which can significantly hinder their educational experience. The study employs a mixed explanatory method for data collection and analysis. The sample consists of 10 rehabilitation students from SK Pekan Pagoh, Johor, selected from various backgrounds and different academic years. The instruments used in the study included reading tests administered both before and after the Bibliosfera Kit was integrated into the students' daily learning routine. The evaluation focused on recognizing vowels and consonants, understanding open and closed syllables, identifying diphthongs, and reading simple sentences. Data was analyzed descriptively to illustrate the students' reading skill levels before and after using the Bibliosfera Kit. The findings indicate significant improvements in reading skills for several students, with overall advancements noted after implementing the Bibliosfera Kit in their literacy development. This study demonstrates that employing interactive technology in educational materials can contribute to a more effective and inclusive education system.)

Published

2025-11-03

How to Cite

Idrus, A., Azman, H. F., Aubaidullah, M. N., Safuan, N. A. H., Tajuddin, N. F. A., & Mohd Zamri, N. S. (2025). Kit Bibliosfera: Pembelajaran berkesan terhadap pelajar pemulihan khas: Bibliosphere Kit: Enhanced learning for special rehabilitation students. Jurnal Pemikir Pendidikan, 13(1), 37–48. https://doi.org/10.51200/jpp.v13i1.6799
Total Views: 26 | Total Downloads: 42