Aplikasi Model Dick & Carey dalam pengajaran tajuk peta lakar geografi tingkatan satu
Application of the Dick & Carey Model in teaching the topic of sketch maps in form one geography
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v13i1.6884Abstract
Kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru amat dipengaruhi oleh sejauh mana guru tersebut dapat merancang proses pengajaran secara sistematik. Sehubungan itu, Model Dick & Carey merupakan satu instrumen yang boleh digunakan oleh guru di Malaysia untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Model ini menggariskan sepuluh langkah sistematik yang boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan. Langkah-langkah tersebut bermula dengan mengenal pasti objektif pengajaran, menjalankan analisis pelajaran, mengenal pasti pengetahuan sedia ada dan ciri-ciri murid, menulis objektif pencapaian, membina atau merumus item rujukan kriteria, membangunkan strategi pengajaran, membina dan memilih bahan pengajaran, membina serta melaksanakan penilaian formatif, membina serta melaksanakan penilaian sumatif, dan seterusnya menambah baik pengajaran. Dalam konteks ini, penyelidik menggunakan reka bentuk kajian tindakan guru berasaskan model Kemmis dan McTaggart melibatkan kitaran perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah harian di Sabah dan melibatkan seorang guru Geografi Tingkatan 1 serta 24 orang murid sebagai sampel kajian tindakan. Instrumen kajian termasuk video Peta Lakar sebagai set induksi, kuiz Kahoot sebagai ujian formatif, lembaran kerja sebagai penilaian sumatif, serta rujukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (DSKP KSSM) Geografi Tingkatan 1. Data dianalisis secara tematik selaras dengan langkah-langkah Model Dick & Carey. Dapatan kajian berjaya mengaplikasikan Model Dick & Carey dalam konteks sebenar bilik darjah, seterusnya membuktikan penerapan langkah-langkah dalam model ini dapat membantu guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dengan lebih teratur, meningkatkan kefahaman murid, serta menyumbang kepada penambahbaikan berterusan dalam amalan pedagogi. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada para guru di Malaysia untuk memahami dengan lebih mendalam struktur Model Dick & Carey, dan seterusnya dapat digunakan dalam mereka bentuk rancangan pengajaran harian dengan lebih berkesan.
(The quality of teaching and learning implemented by a teacher is highly influenced by the extent to which the teacher can plan the teaching process systematically. In this regard, the Dick & Carey Model serves as a valuable framework that can be utilised by teachers in Malaysia to enhance their teaching effectiveness. This model outlines ten systematic steps that can guide teachers in delivering effective instruction. These steps include identifying instructional goals, conducting lesson analysis, assessing students’ prior knowledge and characteristics, writing learning objectives, developing or formulating criterion-referenced items, designing teaching strategies, selecting and preparing instructional materials, conducting formative assessments, conducting summative assessments, and revising instruction. In this study, the researcher employed a teacher action research design based on the Kemmis and McTaggart model, involving cycles of planning, action, observation, and reflection. The study was conducted at a daily secondary school in Sabah and involved one Form 1 geography teacher and 24 students as the research sample. The research instruments included a Peta Lakar video as the set induction, a Kahoot quiz as the formative assessment, worksheets as the summative assessment, and references from the Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (DSKP KSSM) Form 1 Geography. Data were analysed thematically in accordance with the steps of the Dick & Carey Model. The findings demonstrate the successful application of the Dick & Carey Model in an actual classroom context, showing that the implementation of its steps can help teachers plan and conduct teaching more systematically, enhance students’ understanding, and contribute to continuous improvement in pedagogical practice. This study is expected to serve as a guide for teachers in Malaysia to gain a deeper understanding of the structure of the Dick &Carey Model and apply it effectively in designing daily lesson plans.)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohammad Azri Amatan

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



