Analisis perbandingan kesejahteraan psikologi remaja lelaki dan perempuan di Sekolah Tunas Bakti
A comparative analysis of psychological well-being between male and female adolescents in Sekolah Tunas Bakti
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v14i1.7425Abstract
Tahap kesejahteraan psikologi yang merangkumi dimensi positif seperti penerimaan diri dan penguasaan alam sekitar, dikenal pasti sebagai faktor pelindung dalam konteks pemulihan delikuensi. Walau bagaimanapun, literatur sedia ada lebih banyak menumpukan kepada aspek negatif delikuensi, sehingga kurang memberi perhatian terhadap penilaian tahap kesejahteraan psikologi sebagai indikator kekuatan dan potensi perkembangan positif remaja. Justeru, kajian keratan rentas ini dijalankan untuk meneliti tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan 296 remaja delinkuen yang dipilih secara rawak berstrata dari enam buah Sekolah Tunas Bakti di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian mendedahkan majoriti responden (92.9%) mencatatkan tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi. Analisis inferensi pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan kesejahteraan antara remaja lelaki (min = 72.73) dan perempuan (min = 72.58) iaitu t(199) = .067, p > .05. Kajian ini mencadangkan jantina bukanlah penentu utama kesejahteraan psikologi dalam konteks ini. Secara keseluruhan, kajian menekankan kepentingan untuk mengekalkan fokus pada pembangunan kesejahteraan psikologi sebagai teras intervensi pemulihan tanpa mengira jantina bagi memudahkan proses reintegrasi sosial yang lebih berkesan.
(The level of psychological well-being which includes positive dimensions such as self-acceptance and environmental mastery, is recognised as a protective factor in the rehabilitation of delinquent adolescents. However, much of the existing literature tends to focus more on the negative aspects of delinquency, with less emphasis on examining psychological well-being as an indicator of adolescents’ strengths and their potential for positive development. Therefore, this cross-sectional study was conducted to examine the level of psychological well-being among 296 delinquent adolescents selected through stratified random sampling from six Sekolah Tunas Bakti across Peninsular Malaysia. The findings revealed that the majority of respondents (92.9%) demonstrated a high level of psychological well-being. Inferential analysis further showed no significant difference in well-being between male (M = 72.73) and female adolescents (M = 72.58), t(199) = .067, p > .05. The results suggest that gender is not a primary determinant of psychological well-being in this context. Overall, the study highlights the importance of maintaining emphasis on the development of psychological well-being as a core component of rehabilitation interventions regardless of gender to support more effective social reintegration.)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Siti Marhamah Kamarul Arifain

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



