Pengukuhan kompetensi guru Pendidikan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan kesejahteraan digital dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI)

Empowering Islamic Education teachers’ competency based on Maqasid Shariah and digital well-being within the artificial intelligence (AI) ecosystem

Authors

  • Mardzelah Makhsin Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
  • Maryam Khalilah Kadri Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
  • Mohamad Fadhli Ilias Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v14i1.7437

Abstract

Guru Pendidikan Islam (GPI) di era kontemporari perlu melalui anjakan kompetensi yang signifikan melalui integrasi kecerdasan buatan (AI) yang berpaksikan Maqasid Syariah bagi menjamin Kesejahteraan Digital dalam ekosistem instruksional. Kajian ini menegaskan bahawa penerapan prinsip Maqasid Syariah, khususnya pemeliharaan agama (Hifz al-Din) dan akal (Hifz al-’Aql), merupakan benteng utama dalam mendepani ancaman manipulasi digital serta fenomena "kebenaran sintetik". Analisis membuktikan bahawa Protokol 3S (Semak, Saring, Sebar) yang berakar daripada konsep Tabayyun menyediakan panduan praktikal bagi GPI untuk mengemudi ekosistem AI secara beretika. Keupayaan ini secara langsung memperkasakan identiti Techno-Murabbi yang bukan sahaja kompeten secara teknikal, malah teguh dengan pasak Ketauhidan. Hasil perbincangan mendapati bahawa kerangka ini menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan individu seimbang yang sedar akan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifatullah. Secara impak, kajian ini memperkukuh profesionalisme GPI melalui navigasi etika yang komprehensif bagi mendepani gelombang cabaran teknologi. Penerapan kerangka ini berfungsi sebagai instrumen bagi mengekalkan keutuhan nilai dalam ekosistem pendidikan, sekali gus menjamin kelestarian jati diri insan yang berintegriti dalam mendepani realiti automasi digital.

Islamic Education Teachers (IET) in the contemporary era must undergo a significant competency shift through the integration of Artificial Intelligence (AI) rooted in Maqasid Shariah to ensure Digital Well-being within the instructional ecosystem. This study emphasizes that the application of Maqasid Shariah principles, particularly the preservation of religion (Hifz al-Din) and intellect (Hifz al-’Aql), serves as a primary defense against digital manipulation threats and the "synthetic truth" phenomenon. Analysis proves that the 3S Protocol (Check, Filter, Spread)—deeply rooted in the concept of Tabayyun—provides practical guidance for IETs to navigate the AI ecosystem ethically. This capability directly empowers the identity of the Techno-Murabbi, who is not only technically competent but also firmly grounded in the principles of Tawhid (Oneness of God). The discussion finds that this framework supports the aspirations of the Malaysia Education Plan 2026-2035 and the National Education Philosophy in producing balanced individuals conscious of their responsibilities as servants of Allah and khalifatullah (vicegerents). In terms of impact, this study strengthens IET professionalism through comprehensive ethical navigation to face waves of technological challenges. The application of this framework functions as an instrument to maintain value integrity within the educational ecosystem, thereby ensuring the sustainability of human identity and integrity in confronting the reality of digital automation.

Published

2026-03-07

How to Cite

Makhsin, M., Kadri, M. K., & Ilias, M. F. (2026). Pengukuhan kompetensi guru Pendidikan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan kesejahteraan digital dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI): Empowering Islamic Education teachers’ competency based on Maqasid Shariah and digital well-being within the artificial intelligence (AI) ecosystem. Jurnal Pemikir Pendidikan, 14(1), 111–124. https://doi.org/10.51200/jpp.v14i1.7437
Total Views: 20 | Total Downloads: 27