Adaptasi formula penceritaan pixar sebagai panduan pembinaan prompt Gen-AI untuk penjanaan naratif video mikro pembelajaran

Adaptation of the pixar storytelling formula as a guide for constructing Gen-AI prompts for microlearning video narrative generation

Authors

  • Mohd Shahril Anuar Shah Kobat Faculty of Art, Sustainability & Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia & UNITAR College Ipoh, Perak, Malaysia
  • Ahmad Zamzuri Mohamad Ali Faculty of Art, Sustainability & Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Nurr Muazzin Md Ghali Faculty of Art, Sustainability & Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia & UNITAR College Ipoh, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v14i1.7607

Abstract

Reka bentuk video pembelajaran secara tradisional lazimnya berfokus kepada penyampaian maklumat secara langsung dan berurutan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini kurang memberi penekanan terhadap penglibatan emosi serta pembinaan konteks pembelajaran yang bermakna. Sehubungan itu, penceritaan dilihat sebagai alternatif yang berpotensi kerana keupayaannya menggabungkan elemen naratif seperti watak, konflik dan penyelesaian bagi menyokong kefahaman yang lebih mendalam dan pengalaman pembelajaran yang lebih kontekstual. Namun demikian, cabaran utama yang dihadapi ialah keterbatasan guru, khususnya yang bukan berlatarbelakangkan reka bentuk atau penceritaan, dalam membina naratif yang tersusun dan berkesan. Bagi menangani isu ini, artikel ini mencadangkan adaptasi struktur penceritaan sinematik seperti Pixar sebagai satu kerangka panduan yang sistematik. Kerangka ini diterjemahkan kepada bentuk arahan prompt bagi menjana cerita menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif (Gen-AI), seterusnya membantu guru menghasilkan naratif dan skrip secara lebih terarah. Pendekatan konseptual ini menghuraikan bagaimana elemen Formula Penceritaan Pixar boleh diolah menjadi arahan prompt yang mudah digunakan untuk menghasilkan skrip yang ringkas, berfokus dan sesuai sebagai panduan dalam reka bentuk video mikro pembelajaran oleh guru bukan pereka bentuk.

Traditional instructional video design typically focuses on the direct and sequential delivery of information. However, this approach places less emphasis on emotional engagement and the construction of meaningful learning contexts. In response, storytelling is increasingly viewed as a promising alternative due to its ability to integrate narrative elements such as characters, conflict, and resolution to support deeper understanding and more contextualized learning experiences. Nevertheless, a key challenge lies in the limited capacity of teachers-particularly those without a background in design or storytelling—to develop well-structured and effective narratives. To address this issue, this article proposes the adaptation of a cinematic storytelling structure, such as Pixar’s, as a systematic guiding framework. This framework is translated into prompt-based instructions for generating stories using generative artificial intelligence (Gen-AI), thereby assisting teachers in producing more structured narratives and scripts. Adopting a conceptual approach, this paper further explains how elements of the Pixar Storytelling Formula can be operationalized into user-friendly prompts to generate concise and focused scripts, serving as a practical guide for non-designer teachers in the design of microlearning videos.

Published

2026-05-02

How to Cite

Shah Kobat, M. S. A., Mohamad Ali, A. Z., & Md Ghali, N. M. (2026). Adaptasi formula penceritaan pixar sebagai panduan pembinaan prompt Gen-AI untuk penjanaan naratif video mikro pembelajaran: Adaptation of the pixar storytelling formula as a guide for constructing Gen-AI prompts for microlearning video narrative generation. Jurnal Pemikir Pendidikan, 14(1), 180–192. https://doi.org/10.51200/jpp.v14i1.7607
Total Views: 52 | Total Downloads: 18