Kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa dalam program khidmat masyarakat
Social awareness and student involvement in community service programmes
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v7i1.8236Keywords:
kesedaran sosial , khidmat masyarakat, domain afektifAbstract
Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat yang telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan di antara kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa, serta menganalisis faktor peramal penglibatan mahasiswa berdasarkan kesedaran sosial pelajar Seramai 355 orang mahasiswa dari sebuah Fakulti telah dijadikan sebagai responden kajian. Tahap kesedaran sosial dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Afektif Krathwol melibatkan konstruk Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. Manakala bagi Tahap Penglibatan, teori yang digunakan adalah Teori Tingkah Laku Terancang yang melibatkan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Nilai kesahan konstruk adalah melebihi 40% bagi ukuran varians dan nilai Eigen adalah kurang daripada 3. Kebolehpercayaan item adalah 0.99 dengan indeks pengasingan adalah 8. Analisis kajian ini merangkumi analisis deskriptif berbentuk analisis peta item serta analisis inferensi iaitu ujian korelasi dan Structural Equation Model. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesedaran sosial dengan tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat. Faktor Perwatakan, Penilaian dan Gerak Balas merupakan faktor yang signifikan dalam meramal peningkatan penglibatan mahasiswa dalam khidmat masyarakat.
Student involvement in co-curricular activities is an important component of the university curriculum that contributes to physical, mental, emotional, and social development. This study aimed to examine the level of social awareness and student involvement in community service activities organised by the Centre for Co-curriculum and Service Learning at Universiti Teknologi Malaysia. The study also identified the relationship between social awareness and student involvement and analysed the predictive factors of student involvement based on students’ social awareness. A total of 355 students from one faculty participated as respondents. The level of social awareness in this study was based on Krathwohl’s Affective Theory, involving the constructs of receiving, responding, valuing, organisation, and characterisation. For the level of involvement, the Theory of Planned Behaviour was used, involving attitudes, subjective norms, and perceptions. The research design was a survey, and a questionnaire was used as the research instrument. The construct validity value exceeded 40% for the variance measure, while the Eigenvalue was below 3. The item reliability was 0.99, with a separation index of 8. The analysis included descriptive analysis in the form of item mapping analysis and inferential analysis using correlation tests and Structural Equation Modelling. The findings showed a significant relationship between social awareness and the level of student involvement in community service activities. Characterisation, valuing, and responding were significant factors in predicting increased student involvement in community service.
References
Ahmad Marzi Muis. (2007). Penyediaan ke arah pembentukan modal insan. Karisma Publication.
Amri Rahmad Salih. (2010). Pendidikan kerjaya dan pembangunan modal insan. Penerbit UKM.
Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 176–208.
Azizah Abu Bakar. (2010). Rasch model fundamental: Some concept measurement structure. Integrated Advance Publishing.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences (2nd ed.). Lawrence Erlbaum.
DeVellis, R. F. (1995). Instrument development: Theory and applications (2nd ed.). Kluwer Academic Publishers.
Hagger, M. S., Nikos L. D., Wang, C. L., Tsafou, M., et al. (2014). Effects of perceived and perceived autonomy support on the Theory of Planned Behavior. Current Psychology, 55–68.
Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (1964). Taxonomy of educational objectives: Handbook II: Affective domain. David McKay Co.
Samsilah Roslan, Jainil Ahmad, & Nur Ashikin Nasirudin. (2010). Kajian alat ukur instrumen kemahiran generik pelajar bersifat pembangunan diri dengan menggunakan Model Pencorak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 43–50.
Shahril Ahmad. (2008). Pembangunan modal insan: Satu cabaran. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2016 Adibah Abdul Latif, Mohd Shafry Mohd Rahim, Nor Fadila Mohd Amin , Crystal Joan Peter

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



