Implikatur dalam kesantunan berbahasa: Analisis teori relevans

Implicature in language politeness: An analysis based on relevance theory

Authors

  • Mohd Aris Anis Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
  • Ahmad Esa Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v7i1.8238

Keywords:

implikatur, kesantunan berbahasa, Teori Relevans

Abstract

Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna lateral dalam sesebuah ujaran. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur dalam kesantunan berbahasa berdasarkan ujaran yang terdapat dalam teks klasik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan data korpus. Data diperoleh daripada teks klasik Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad dan dianalisis menggunakan Teori Relevans. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami implikatur yang terdapat dalam ujaran yang bersantun. Teori Relevans yang diaplikasikan dalam kajian ini membuktikan bahawa ujaran yang bermenifestası sangat penting bagi mengelakkan salah faham dalam mendapatkan makna sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur dalam ujaran sangat berkesan dalam melahirkan ujaran yang menunjukkan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana dalam menyampaikan ujaran penggunaan implikatur dapat menjadikan sesuatu ujaran itu lebih berhemah dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kesimpulannya, penggunaan implikatur dalam ujaran memberi kesan optima kepada kesantunan berbahasa dan seterusnya mampu mengelakkan seseorang itu dianggap sombong, ego, tidak berbudaya dan tidak beradat.

Implicature is defined as a form of meaning interpretation that extends beyond the literal meaning of an utterance. The use of implicature in communication aims to convey the speaker’s intentions to the listener through expressions that differ from their actual meaning. This study aimed to explain the use of implicature in language politeness based on utterances found in classical texts. The study employed a qualitative method using corpus data. The data were obtained from the classical text Sulalatus Salatin, edited by A. Samad Ahmad, and were analysed using Relevance Theory. Relevance Theory, which integrates communication and cognition, is appropriate for understanding implicatures found in polite utterances. The application of Relevance Theory in this study demonstrated that manifest utterances are important in avoiding misunderstanding when determining the intended meaning. The findings showed that the use of implicature in utterances is highly effective in producing expressions that demonstrate language politeness. This is because the use of implicature can make an utterance more courteous and prevent it from offending others. In conclusion, the use of implicature in utterances has an optimal effect on language politeness and can prevent a person from being perceived as arrogant, egotistical, uncultured, or discourteous.

References

A. Samad Ahmad. (2013). Sulalatus Salatin (Edisi pelajar). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amirah Ahmad, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Implikatur dalam kes pembunuhan Norita: Analisis teori relevans. Jurnal Bahasa, 13(1), 20–38.

Asmah Haji Omar. (1992). Kajian dan perkembangan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hawiyah Baba, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Nilai Melayu dalam simpulan bahasa: Analisis pragmatik. Seminar Linguistik Kebangsaan (SLiK2015): Pelestarian dan Perekayasaan Bahasa.

Jamaliah Mohd Ali. (1995). The pragmatics of cross-cultural communication in a Malaysian context. In Zainab Abdul Majid & Loga Baskaran (Eds.), Rules of speaking. Pelanduk Publication.

Kamus Dewan. (2010). Kamus Dewan (Edisi keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2008). Sejarah kesusasteraan Melayu: Drama. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mary Fatimah Subet. (2012). Teori relevans dalam personifikasi. In Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal, & Harishon Radzi (Eds.), Pemantapan dan pembinaan ilmu linguistik berasaskan korpus (pp.207–223). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mary Fatimah Subet. (2015). Sajak Pelacur Tua: Analisis teori relevans. Jurnal Bahasa, 15(2), 113–142.

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof. (2012). Kesantunan berbahasa dari segi teori dan aplikasi. In Marlyna

Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2012). Aspek permintaan dan hubungannya dengan kesantunan berbahasa. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof (Eds.), Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Munif Zarirruddin Fikri Nordin. (2012). Analisis wacana prinsip kesantunan bahasa dalam al-Quran dan Hadis. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2012). Kesantunan berbahasa dalam konteks pekerjaan: Perspektif penggunaan kata ganti nama. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan pragmatik: Satu pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam perniagaan: Satu analisis semantik dan pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2012). Kesantunan berbahasa: Meneroka minda Melayu. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati Rashid. (2012). Kesantunan—Menyingkap konsep melalui model-modelnya. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Shaharudin Raja Mohamad, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2015). Penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah. Jurnal Linguistik, 19(2), 1–9.

Ramli Isin. (1997). Novel Melayu mutakhir: Tema dan persoalan karya. Fajar Bakti.

Sara Beden, & Indirawati Zahid. (2015). Analisis kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu: Aplikasi maksim Leech dan Grice. Jurnal Bahasa, 15(1), 143–172.

Teo, K. S. (2012). Kejayaan komunikasi Cina-Melayu: Kes Cina Peranakan Kelantan yang mengamalkan kesantunan Bahasa Melayu. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2006). Memahami pertuturan kanak-kanak melalui analisis pragmatik. Universiti Putra Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2012). Kesantunan dan strategi berbahasa dalam konteks pendidikan. In Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof, Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published

2016-12-31

How to Cite

Mohd Aris Anis, & Ahmad Esa. (2016). Implikatur dalam kesantunan berbahasa: Analisis teori relevans: Implicature in language politeness: An analysis based on relevance theory. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7(1), 101–112. https://doi.org/10.51200/jpp.v7i1.8238
Total Views: 0 | Total Downloads: 0