Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terhadap hala tuju kecemerlangan bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
Aspirations of the Malaysian Education Blueprint (PPPM) 2013–2025 towards excellence in Technical and Vocational Education (TVE)
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v8i1.8245Keywords:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), kecemerlangan PTVAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terhadap hala tuju kecemerlangan bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PIV). Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Seramai 100 orang Pegawai Pendidikan Daerah dari 12 buah Pejabat Pendidikan Daerah dipilih sebagai responden. Empat zon Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat adalah zon selatan (Batu Pahat, Kluang, Seremban, dan Kuala Pilah), zon timur (Pasir Puteh, Bachok, Setiu, dan Kuala Terengganu). Dua zon lagi adalah zon utara yang terdiri daripada Alor Setar dan Kangar, dan zon tengah yang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Kajian ini menggunakan borang soal selidik berskala Likert lima-mata yang diadaptasi daripada instrumen Kajian Persepsi PPPM Kitaran 2, 2013. Kaedah analisis data yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan peratusan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PPPM 2013-2025 merupakan aspirasi, panduan, dan hala tuju pegawai pendidikan dalam mentransformasi dan mengarusperdana bidang PTV. Para pegawai pendidikan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kandungan pelan PPPM. Mereka juga berpendapat bahawa program yang dilaksanakan oleh pihak KPM adalah menepati dan mengikut asprasi pelan yang telah dibangunkan dan menaruh keyakinan terhadap perkembangan PTV melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025. Kajian ini diharapkan dapat menjadikan PPPM atau program seumpamanya yang diperkenalkan oleh kementerian dapat menjadi panduan dalam mengarusperdanakan pendidikan di Malaysia terutamanya dalam bidang Teknik dan Vokasional agar seiring dengan perkembangan bidang lain.
This study was conducted to identify the aspirations of the Malaysian Education Blueprint (PPPM) 2013–2025 towards the direction of excellence in Technical and Vocational Education (PTV). The study employed a quantitative survey research design. A total of 100 District Education Officers from 12 District Education Offices were selected as respondents. Four zones involving District Education Offices participated in the study, namely the southern zone (Batu Pahat, Kluang, Seremban, and Kuala Pilah) and the eastern zone (Pasir Puteh, Bachok, Setiu, and Kuala Terengganu). The other two zones were the northern zone, comprising Alor Setar and Kangar, and the central zone, covering the Federal Territory of Kuala Lumpur and Kuala Selangor. The study used a five-point Likert-scale questionnaire adapted from the PPPM Perception Study Cycle 2, 2013 instrument. Data were analysed descriptively using percentages and the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 21.0. The findings showed that PPPM 2013–2025 serves as an aspiration, guideline, and direction for education officers in transforming and mainstreaming the field of PTV. The education officers demonstrated a high level of knowledge regarding the contents of the PPPM. They also believed that the programmes implemented by the Ministry of Education (MOE) were aligned with the aspirations of the developed blueprint and expressed confidence in the development of PTV through the implementation of PPPM 2013–2025. This study is expected to contribute to the use of PPPM or similar programmes introduced by the ministry as a guide for mainstreaming education in Malaysia, particularly in the field of Technical and Vocational Education, in line with developments in other fields.
References
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Penerbit UTM.
Adnan, M. F., Hamzah, R., & Udin, A. (2010). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Penerbit UTM.
Alavi, K., Md. Sail, R., & Awang, A. H. (2011). Work esteem and re-branding of technical education and vocational training from the perspective of parents, teachers and apprentice. Journal of Technical Education and Training, 3(2), 1–17.
Alavi, K., Md. Sail, R., & Awang, A. H. (2013). Image of technical education and vocational training from the perspective of parents and teachers. Journal of Technical Education and Training, 5(1), 68–88.
Basti, B. (2013). Mengangkat Pendidikan Teknik dan Vokasional. Utusan Online.
Bell, J. W. (2005). Educational research. SAGE Publication.
Dason, A., Hamzah, R., & Udin, A. (2011). Hala tuju pendidikan teknik dan vokasional ke arah memartabatkan Falsafah Pendidikan Negara. Penerbit UTM.
Emat, Y. (1993). Cabaran dan strategi Pendidikan Teknik dan Vokasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan, 37, 1–13.
Esa, A., Hassan, R., Hashim, J., & Hadi, M. Y. (2009). Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) di Malaysia: Peranan UTHM dalam melahirkan pendidik berketrampilan. Prosiding Seminar JPPG 2009. Hotel Impiana Casuarina, Ipoh.
Jabatan Statistik Organisasi Tenaga Buruh. (2009). Guna tenaga. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia_Time_Series_2015/21Guna_Tenaga.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional 2011–2020.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Mohd. Don, Z. (2003). Technical Programme Committee Co-chairs Hsin-Min Wang. Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Zulfadly, O., Hamzah, R., Ismail, S. N., & Aripin, M. A. (2011a). Dua teras, satu destinasi: Pelan reformasi strategik PTV ke arah pembangunan sejagat. Jurnal Teknologi, 56, 199–117.
Mohd Zulfadly, O., Hamzah, R., Awang Kechik, A., Ghazali, A., & Saud, M. S. (2011b). Rekabentuk universal kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Penerbit UTM.
Ordinan Pelajaran. (1957). https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.pdf
Othman. (2013). Asas penulisan tesis penyelidikan & statistik. Penerbit UPM.
Yek, L. Y., & Hamzah, R. (2012). Integrasi peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional ke arah memantapkan persiapan kerjaya. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 5, 35–40.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2017 Yusmarwati Yusof, Rohayu Roddin, Sarebah Warman, Nor Azyyati Deraman

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



