HUKUM KERJAYA JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Authors

  • Muhammad Afiq, N. A
  • Mohamad Rizal, M. N.

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v1i1.5199

Keywords:

Fotografi, jurugambar, kerjaya, upah, perkahwinan, Photography, photographer, career, income, wedding

Abstract

ABSTRAK Kerjaya jurugambar perkahwinan merupakan satu profesi yang dianggap penting oleh masyarakat kini bagi merakam detik kenangan indah sewaktu menjadi raja sehari. Akan tetapi, berdasarkan realiti yang berlaku pada hari ini, terdapat ramai jurugambar yang mengabaikan soal halal dan haram dalam menjana pendapatan yang berkat demi menyara kehidupan. Kajian ini dijalankan bertujuan membincangkan isu dan permasalahan yang wujud dalam kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan membuat kajian kepustakaan. Pengkaji juga menemu bual beberapa pakar dalam bidang agama untuk mendapatkan jawapan terhadap isu yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa harus hukumnya menerima upah sebagai jurugambar perkahwinan. Namun, keharusan tersebut boleh berubah kepada syubhah sekiranya bercampur dengan perkara yang haram seperti terdapat subjek yang mendedahkan aurat, gaya yang terlarang dan sebagainya. Kesimpulannya, pengkaji berharap bahawa kajian ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat serta jurugambar khususnya dalam menerapkan soal keberkatan dalam rezeki yang diperoleh.

ABSTRACT The career of wedding photography is considered significant by society today in capturing beautiful moments during one's special day as the bride and groom. However, based on current realities, many photographers neglect the issues of halal (permissible) and haram (forbidden) in their pursuit of income to sustain their livelihoods. This study aims to discuss the issues and challenges existing in the profession of wedding photography. Employing a qualitative method through a literature review, the study also includes interviews with several religious experts to address the issues under scrutiny. The research findings indicate that it is generally permissible to earn a livelihood as a wedding photographer. However, this permissibility can become doubtful (syubhah) if it involves activities mixed with forbidden matters such as exposure of 'awrah (intimate parts), prohibited styles, and the like. In conclusion, the researcher hopes that this study provides clarification to the public and photographers, specifically in adhering to the concept of blessing in the income they earn.

Author Biographies

Muhammad Afiq, N. A

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial,
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS),
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

Mohamad Rizal, M. N.

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial,
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS),
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

Published

2024-06-30
Total Views: 88 | Total Downloads: 63