FASILAH DALAM SURAH AL-ASR DAN AL-KAUTHAR: PENELITIAN DARI ASPEK FONETIK DAN PRAGMATIK

Authors

  • Issraq b. Ramli
  • Zaharom Ridzwan

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v1i1.5205

Keywords:

Fasilah, I’jaz Quran, al-Kauthar, Al-Asr, Takrir, Huruf Ra’, pragmatik al-Quran

Abstract

ABSTRAK Failah Quran merupakan salah satu dari i’jaz Quran yang mewarnai kecantikan struktur ayat dan surah dalam al-Quran. Fasilah merupakan kedudukan bunyi akhir dalam sesuatu kalimah seperti rima dalam sajak. Setengah surah mempunyai fasilah yang berbeza-beza. Standard fasilah adalah berbeza setiap ayat dan surah berdasarkan panjang surah dan kedudukan surah. Surah al-Ar dan al-Kauthar mempunyai fasilah yang sama dengan penghujung huruf Rā’ atau fonem /r/. Artikel ini menjelaskan bagaimana fasilah bukan sekadar memperindahkan hujung setiap ayat yang serata tapi juga memberikan impak kepada makna suatu ayat dan surah. Huruf Ra’ mempunyai sifat yang tersendiri berbanding dengan huruf-huruf yang lain. Huruf Ra’ mempunyai satu sifat yang tidak dimiliki oleh huruf yang lain iaitu sifat ulangan (al-Takrir). Di sebalik sifat ulangan dalam dua surah itu, terdapat kaitan makna bagi setiap perkataan yang diakhiri dengan huruf Rā’. Kajian mendapati peranan huruf ra’ dalam pragmatik dua surah itu membawa maksud yang sangat signifikan bersesuaian dengan sifat huruf bagi kata yang yg dipilih dalam setiap ayat pertama, kedua, ketiga dalam kedua-dua surah.

Author Biographies

Issraq b. Ramli

Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Zaharom Ridzwan

Pusat Kajian Bahasa & Linguistik,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published

2024-06-30
Total Views: 27 | Total Downloads: 18