PEMBANGUNAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK KANAK-KANAK: SATU KAJIAN REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN

Authors

  • Nur Adillah Ramly Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Abdul Halim Masnan Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v1i2.5996

Abstract

Kajian ini merupakan kajian pembangunan modul dengan matlamat yang menggariskan strategi dalam pembangunan modul pendidikan akhlak kanak-kanak. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menumpukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memfokuskan kepada modal insan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KPM memberi tumpuan terhadap pembangunan kanak-kanak secara komprehensif dan bersepadu bagi melahirkan generasi yang berwawasan dan berdaya saing dalam perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Inisiatif ini bertujuan untuk menghasilkan rakyat yang berintegriti, beraspirasi, berilmu pengetahuan, dan berdedikasi sebagai sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu satu kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang merupakan kaedah yang pelbagai (multi method) diaplikasikan dalam kajian ini. Dengan kaedah DDR, penyelidikan akan melalui tiga fasa serta pelbagai kaedah penyelidikan akan digunakan dalam setiap fasa tersebut. Peserta penyelidikan daripada kumpulan pakar dan pengguna boleh menawarkan pelbagai perspektif dan mampu mempertimbangkan keperluan modul dalam konteks Malaysia.

Downloads

Published

2024-12-31

Issue

Section

Articles
Total Views: 150 | Total Downloads: 162