PENGARUH & KETEPATAN CHATGPT DALAM PENULISAN AKADEMIK KHUSUSNYA BAGI PENTAFSIRAN AL-QURAN: SATU KAJIAN
DOI:
https://doi.org/10.51200/kitab.v1i2.6063Abstract
Penggunaan ChatGPT merupakan satu aplikasi AI baru yang sedang berkembang dalam kalangan masyarakat sama ada dalam bidang pendidikan atau sebaliknya. Kekuatan ChatGPT ini ialah ia mempunyai kepintaran yang boleh dianggap sama dengan bahasa manusia serta mampu memproses data dengan kadar yang sangat cepat. Kecepatan ini menyebabkan segala bahan dan maklumat yang dikehendaki dapat dicapai dengan mudah. Namun yang menjadi persoalan bagi aplikasi ChatGPT ini ialah mengenai ketepatan maklumat yang diperolehi berdasarkan aplikasi ini seperti didatangkan tanpa rujukan serta terdapat maklumat-maklumat yang tidak tepat. Maka, berdasarkan kepada analisis mengenai aplikasi ini, tujuan kajian ini ditulis untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan kekurangan dan tidak tepatan maklumat berkaitan dengan penulisan akademik khususnya bagi subjek pengajian Islam seperti tafsir al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di mana bahan-bahan seperti jurnal dan juga kitab tafsir akan digunakan dalam menilai ketepatan tafsiran serta berdasarkan kepada literatur dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa ChatGPT ini memberi kesan yang negatif khususnya pada kredibiliti dan integriti ilmu Islam, plagiarisme dan penipuan dalam akademik kerana penulisan yang dihasilkan tidak ditapis dan dirujuk kesahihannya dan ini menyebabkan berlaku ketidaktepatan dalam maklumat yang disampaikan.

