DAKWAH DI MEDIA SOSIAL DAN KEBERKESANANNYA TERHADAP AKHLAK MAHASISWA/I FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/kitab.v2i1.6697Keywords:
Dakwah, Media Sosial, AkhlakAbstract
Dalam era kemajuan teknologi yang pesat, pelaksanaan dakwah semakin mencabar dan kompleks, seiring dengan pertumbuhan media sosial yang kini berperanan sebagai salah satu platform penting dalam penyebaran mesej Islam. Kepelbagaian platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter telah membuka peluang yang luas kepada para pendakwah untuk menyampaikan dakwah dengan lebih pantas, interaktif, penyebaran dakwah lebih luas dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan dakwah yang dijalankan melalui media sosial terhadap pembentukan akhlak mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengajian Islam (FIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini: pertama, untuk mengkaji konsep media sosial dan dakwah; kedua, untuk menganalisis pendekatan dakwah yang digunakan di platform tersebut; dan ketiga, untuk menilai impak dakwah di media sosial terhadap akhlak mahasiswa/i FIS, UMS. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif dengan pendekatan kajian kepustakaan dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa dakwah di media sosial mempunyai keberkesanan yang positif dalam mempengaruhi dan memperbaiki akhlak mahasiswa/i FIS. Ini membuktikan bahawa media sosial berperanan sebagai medium dakwah yang relevan, efektif, dan sesuai dengan tuntutan era digital.
