FIQH PEKERJAAN KONTEMPORARI: SATU ANALISIS PADA ASPEK AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK

Authors

  • Abdul Hanis Embong Universiti Malaysia Terengganu
  • Hannan Fatini
  • Najihah Abdul Mutalib Universiti Malaysia Terengganu

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v2i1.6786

Keywords:

Fiqh Semasa, Kualiti pekerja Muslim, Akidah Syariat dan Akhlak

Abstract

Fiqh Pekerjaan Kontemporari merupakan satu perbincangan hukum-hakam Islam terkini yang sinonim dengan diri setiap Muslim yang menyentuh aspek keagamaan di alam pekerjaan. Setiap Muslim wajib bekerja untuk mencari rezeki demi menampung perbelanjaan seharian dan ia dikira sebagai jihad dan ibadah. Ketika bekerja, pelbagai aspek kehidupan yang perlu dititik beratkan seperti pemakaian, pendapatan, integriti, pergaulan, komunikasi dan sebagainya. Meskipun begitu, aspek keagamaan juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi dalam aspek akidah, syariat dan akhlak agar ia menepati piawaian Islam. Persoalannya, bagaimanakah semua aspek tersebut dapat dikaitkan dengan alam pekerjaan kini? Apakah dalil asas setiap aspek pekerjaan tersebut dan kesinambungan antara ketiga-tiganya? Oleh itu, kajian ini menetapkan dua objektif untuk dicapai iaitu pertama, pengertian Fiqh Pekerjaan dan aplikasinya di alam pekerjaan. Kedua, dalil asas dan keperluan aspek-aspek utama agama dalam Fiqh Pekerjaan Kontemporari. Kaedah kualitatif berkonsepkan kajian dokumen digunakan dalam kajian ini, kemudian dianalisis secara analisis kandungan tematik bagi mendapatkan hasil kajian. Kesimpulannya, konsep Fiqh Pekerjaan di Malaysia telah wujud, namun ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa kerana ia melibatkan hukum-hakam kontemporari. Selain itu, hukum-hakam pekerjaan sedia ada juga perlu dirangkumkan dan disusun kembali dengan mengaitkannya dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dengan terhasilnya Fiqh Pekerjaan Kontemporari, ia mampu memberi kesedaran dalam diri Muslim untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan hamba Allah SWT, dalam masa yang sama mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Downloads

Published

2025-06-30

Issue

Section

Articles
Total Views: 49 | Total Downloads: 33