PENGGUNAAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN DALAM PENGADILAN KES DI MAHKAMAH: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Authors

  • Nur Aina Fatini Abdul Fattah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Muhammad Taftazany Abd Rahman Universiti Malaya
  • Shahidra Abdul Khalil Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v2i1.6795

Keywords:

Kecerdasan buatan, artificial intelligence, Pengadilan kes, Mahkamah Syariah

Abstract

Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) merupakan antara teknologi yang berkembang pesat di era Revolusi Indutsri Keempat. Penggunaannya semakin meluas berikutan kemampuan teknologi ini untuk melakukan tugas-tugas yang kompleks menyerupai pemikiran manusia. Bahkan melalui penggunaan AI, kerja-kerja yang rumit dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kemampuan manusia. Oleh kerana itu, teknologi AI dilihat berpotensi menggantikan peranan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan manusia tidak terkecuali dalam bidang perundangan. Columbia dan China merupakan antara negara yang telah menggunakan teknologi AI dalam pengadilan di mahkamah. Dalam konteks perundangan di Malaysia, Sabah dilaporkan sebagai negeri pertama yang menggunakannya. Walaupun teknologi AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun ia masih mempunyai kekurangan terutamanya dalam aspek etika dan moral yang merupakan dua ciri manusia yang sukar digabungkan ke dalam AI. Ironinya, kedua-dua ciri ini merupakan antara aspek terpenting dalam sebuah sistem pengadilan. Justeru, kertas ini bertujuan menganalisis tahap kewajaran penggunaan AI dalam pengadilan sesebuah kes di mahkamah. Sebagai kayu ukur perbincangan, garis panduan bagi aplikasi teknologi AI dan peranan badan kehakiman menurut perspektif Syariah turut dibincangkan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan analisis data secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa hukum penggunaan teknologi AI menurut syariat secara umumnya adalah harus. Namun, ia perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh syariat agar penggunaannya memberikan maslahah dan tidak mendatangkan mafsadah. Dalam konteks pengadilan sesebuah kes, kajian menyimpulkan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk membantu hakim dalam membuat keputusan. Namun, ia tidak boleh menggantikan hakim kerana setiap kes adalah unik dan memerlukan pertimbangan tersendiri. Walaupun penggunaan AI memudahkan pemakaian prinsip stare decisis, ini tidak menafikan peranan hakim dalam mentafsirkan undang-undang dan memberikan keputusan kes berbeza sesuai dengan fakta kes yang diadili.

Downloads

Published

2025-06-30

Issue

Section

Articles
Total Views: 143 | Total Downloads: 60