FLEKSIBILITI SIFAT DAN PERANAN DALAM GAGASAN ILMU TARANNUM
DOI:
https://doi.org/10.51200/kitab.v2i2.7214Keywords:
Ilmu Tarannum, Ulum al-Quran, Kesenian Islam, Tilawah, Keanjalan TarannumAbstract
Al-Quran merupakan mukjizat utama Nabi Muhammad SAW, dan pembacaan, pemahaman serta pengamalannya merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dalam konteks ini, bacaan al-Quran secara tarannum berfungsi sebagai medium pengindahan suara yang menyokong penghayatan makna dan adab tilawah. Artikel ini meneliti secara kritikal sifat, gaya dan peranan beberapa maqam utama dalam ilmu Tarannum, iaitu Bayyati, Saba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah, dengan memberi tumpuan kepada keanjalan aplikasinya dalam bacaan ayat-ayat al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun setiap maqam memiliki karakter dan kecenderungan fungsi tertentu, penggunaannya tidak terikat secara mutlak kepada tema ayat tersebut. Sebaliknya, kesesuaian tarannum lebih bergantung kepada keupayaan qari dalam mengolah teknik, kawalan suara dan struktur melodi bagi menjiwai maksud ayat yang dibaca. Kajian ini turut memperlihatkan bahawa sebahagian maqam kekal diamalkan secara meluas, manakala yang lain mengalami kepupusan atau berasimilasi ke dalam bentuk irama tradisi lain. Kesimpulannya, ilmu Tarannum bersifat dinamik dan fleksibel, mencerminkan keluasan tradisi tilawah al-Quran yang menuntut keseimbangan antara pemeliharaan kaedah tradisional dan keanjalan pengolahan seni bacaan.
