PERBEZAAN STRUKTUR BAHASA ARAB STANDARD MODEN (MSA) DAN BAHASA ARAB KLASIK (CA): PENSTRUKTURAN SEMULA NAHU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEDAGOGI SERTA PENILAIAN KEFASIHAN
DOI:
https://doi.org/10.51200/kitab.v2i2.7238Keywords:
Linguistik, Tatabahasa Arab, Sintaksis, Pendidikan Bahasa, SosiolinguistikAbstract
Bahasa Arab Standard Moden (MSA) berfungsi sebagai bahasa bersama dalam dunia Arab kontemporari, namun kejayaannya tidak terletak semata-mata pada faktor sosiolinguistik, sebaliknya pada keupayaannya melakukan penyesuaian struktur terhadap keperluan komunikasi moden. Artikel ini menganalisis empat ciri distingtif MSA secara komparatif dengan Bahasa Arab Klasik (CA), iaitu peluasan idafah, fleksibiliti sistem isnad, kecenderungan kepada nominalisasi dan fi‘l mudari‘ yang tidak terikat masa, serta penggantian penandaan morfologi dengan penandaan relasional melalui harf jarr. Dapatan menunjukkan bahawa perubahan-perubahan ini membentuk satu pola penstrukturan semula sintaksis yang konsisten, melibatkan pemadatan maklumat, penyah-pemusatan agen, pengurangan subordinasi, dan peralihan daripada penandaan i‘rab kepada hubungan relasional. Perubahan ini bukan penyimpangan daripada norma klasik, tetapi pengembangan fungsional terhadap potensi struktur CA. Kajian ini turut menghuraikan implikasi perubahan tersebut terhadap pedagogi pengajaran bahasa Arab dan penilaian kefasihan, dengan menegaskan keperluan pembezaan konseptual yang jelas antara CA dan MSA dalam perkembangan pedagogi dan penilaian kefasihan bahasa.
