PENGETAHUAN DAN PENGUASAAN NUN SAKINAH DAN TANWIN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Authors

  • Nur Shafiqah Shahdan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
  • Issraq Ramli Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v2i2.7240

Keywords:

Ilmu Tajwid, Pengajian al-Qur’an, Universiti awam Malaysia, Pelajar pengajian Islam, Tilawah

Abstract

Al-Qur’an merupakan sebuah wahyu teragung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan kepada seluruh umat Baginda. Membaca al-Qur’an merupakan salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam agama islam. Setiap umat islam diwajibkan untuk mempelajari, menghayati, mengamalkan dan memahami setiap perkara yang telah diwahyukan oleh Allah SWT dalam kitab tersebut. Dalam pembacaan al-Qur’an dengan bertajwid juga adalah wajib bagi umat islam untuk membaca al-Qur’an dengan sebutan yang betul. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan penguasaan nun sakinah dan tanwin dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual yang dijalankan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Induk Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan kajian ini dibuat secara statistik deskriptif yang lebih cenderung kepada jumlah frekuensi dan peratusan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan penguasaan nun sakinah dan tanwin setiap responden yang terlibat.

Downloads

Published

2025-12-31
Total Views: 10 | Total Downloads: 4