KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN AKHLAK DI PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Authors

  • Syahrul Faizaz Abdullah Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Saudah Ahmad Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Armanurah Mohamad Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Syahrina Abdullah Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Noor Asma Jamaluddin Universiti Utara Malaysia, Sintok

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v2i2.7241

Keywords:

Pengajaran dan pembelajaran akhlak, Keberkesanan pengajaran, Domain kognitif, Domain afektif, Bimbingan mualaf, Pendidikan Islam

Abstract

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) berperanan sebagai pusat bimbingan mualaf yang menyediakan pengajaran Fardhu Ain, termasuk mata pelajaran Akhlak, bagi membentuk kefahaman dan pengamalan Islam yang sahih. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Akhlak dengan menggunakan Model CIPP, khususnya komponen proses dan produk. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual bersemuka dengan tenaga pengajar serta soal selidik latihan kefahaman kepada 16 orang pelatih. Data dianalisis secara deskriptif bagi menilai pencapaian dalam domain kognitif dan afektif. Dapatan menunjukkan empat kaedah pengajaran utama digunakan, iaitu syarahan, soal jawab, pembentangan berkumpulan dan bercerita. Analisis latihan kefahaman mendapati 62.5% pelatih mencapai tahap cemerlang, 18.75% baik dan 18.75% lemah. Temu bual turut menunjukkan kesan positif terhadap domain afektif, khususnya dari segi minat, kesedaran, keseronokan dan kepekaan emosi. Kajian menyimpulkan bahawa pengajaran Akhlak di PUSBA berkesan dan wajar dikekalkan, dengan penambahbaikan khusus bagi pelatih lemah.

Downloads

Published

2025-12-31
Total Views: 6 | Total Downloads: 4