TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI TEKNO DAIE MASA KINI: SUATU SOROTAN CABARAN DAN CADANGAN

THE RESPONSIBILITIES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS AS CONTEMPORARY TECHNO-DA‘IS: A REVIEW OF CHALLENGES AND PROPOSED RECOMMENDATIONS

Authors

  • Mohd Azam Mahat Universiti Utara Malaysia, Changlun
  • Mohd Aliff Nawi Universiti Utara Malaysia, Changlun
  • Mohd Zailani Mohd. Yusoff Universiti Utara Malaysia, Changlun

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v3i1.8528

Keywords:

Dakwah, Guru Pendidikan Islam, Tekno Daie

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi langskap pendidikan semasa. Dengan kecanggihan teknologi, masyarakat dapat mengekses ilmu pengetahuan dengan mudah dan cepat. Penggunaan teknologi juga menjadikan sesuatu pengajaran lebih menarik dan memudahkan proses penyampaian dilakukan. Namun begitu, kemajuan teknologi ini turut memberikan cabaran khususnya kepada guru Pendidikan Islam terutamanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai pendakwah di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peranan guru Pendidikan Islam sebagai tekno Daie. Melalui penulisan ini, pengkaji akan menjelaskan isu dakwah dan cabaran teknologi masa kini kepada guru Pendidikan Islam, pengenalan istilah Tekno Daie, guru Pendidikan Islam sebagai Tekno Daie di sekolah. penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium dakwah di sekolah. Diakhir penulisan ini juga pengkaji turut berkongsi cadangan tindakan yang perlu dilakukan oleh guru Pendidikan Islam sebagai Tekno Daie di sekolah. Kesimpulannya, guru Pendidikan Islam tidak seharusnya ketinggalan dalam memanfaatkan kemajuan teknologi masa kini dalam berperanan sebagai Tekno Daie di sekolah. Kegagalan guru Pendidikan Islam memanfaatkan penggunakan teknologi masa kini akan menyebabkan ia digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah mereka dan akhirnya dakwah gagal disampaikan kepada sasaran.

Downloads

Published

2026-06-30

Issue

Section

Articles
Total Views: 6 | Total Downloads: 5