MEDIA SOSIAL DAN PEMASARAN PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v13i.2531Abstract
Social media plays an important role and is proven to be a powerful, effective, efficient and more productive online marketing platform. However, despite the sophistication of technology and marketing power, the issue of low social media utilization limits the market competition power among local SMEs. Through adaptation of organizational theory, this study attempts to examine in detail the factors that influence the acceptance of social media as a marketing channel strategy among 165 SMI entrepreneurs around W.P Labuan. Based on PLS smart analysis found that 81.1% of the variance in the level of "social media acceptance (PMS)" can be explained by the characteristics of innovation (CCI), receiver characteristics (CCP), and environmental factors (PR). However, only receivers and environmental factors only have a significant relationship to the acceptance of social media while not to the characteristics of innovation. It is also evident that the recipient's characteristics are the highest factor influencing the acceptance of social media among SMIs in Labuan. Conclusions and future research proposals are also discussed.
Abstrak
Media sosial berperanan penting dan terbukti menjadi platform pemasaran atas talian yang sangat berkuasa, efektif, efisien dan lebih produktif. Walaubagaimanapun, disebalik kecanggihan teknologi dan kuasa pemasaran yang ada, isu penggunaan media sosial yang masih rendah membataskan kuasa persaingan pasaran dikalangan IKS tempatan. Melalui adaptasi teori organisasi, kajian ini cuba untuk meninjau secara terperinci faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan media sosial sebagai strategi saluran pemasaran dalam kalangan 165 pengusaha IKS di sekitar W.P. Labuan. Berdasarkan analisis menggunakan smart PLS mendapati bahawa 81.1% daripada varians dalam tahap “penerimaan media sosial (PMS)” dapat dijelaskan oleh ciri-ciri inovasi (CCI), ciri-ciri penerima (CCP), dan faktor persekitaran (PR). Namun demikian, hanya ciri-ciri penerima dan faktor persekitaran sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penerimaan media sosial manakala tidak kepada ciri-ciri inovasi. Turut dibuktikan bahawa ciri-ciri penerima adalah merupakan faktor yang tertinggi mempengaruhi penerimaan media sosial di kalangan IKS di Labuan. Kesimpulan dan cadangan kajian di masa depan turut dibincangkan.