ANALISIS ELEMEN PROMOSI DALAM 7P CAMPURAN PEMASARAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Keywords:
Pemasaran Islam, promosi, patuh Syariah, 7P, campuran pemasaranAbstract
Shariah-compliant approaches are strongly emphasized in Islamic teachings involving all aspects. Although there are many Islamic principles and values that are suitable regarding doing a business activity, they have not been fully explored to determine the implementation of Islamic marketing mix strategies, especially the implementation of Shariah-compliant promotion element. Following the lack of spirit of Islamic principles in promotional plans, it results in individuals or groups involved in Islamic marketing facing challenging constraints. This study aims to explore the Shariah-compliant promotion element in the Islamic marketing mix. Relying on the 7P model of the marketing mix as the theoretical basis, Shariah-compliant principles and values for promotion element are identified and extracted from Al-Quran and Hadith sources. The data obtained is then analyzed and presented descriptively. The findings of the study provide a new insight for the implementation of the Shariah-compliant promotion component in Islamic marketing. This study can also be a basis and measurement basis for industry and business practitioners in examining and evaluating the implementation of promotions to coincide with the principles of Shariah.
Abstrak
Pendekatan patuh Syariah amat dititikberatkan dalam ajaran Islam melibatkan semua aspek. Walaupun terdapat banyak prinsip dan nilai Islam yang bersesuaian bagi melakukan suatu aktiviti perniagaan, namun ia belum diterokai sepenuhnya bagi menentukan perlaksanaan strategi campuran pemasaran Islam terutama perlaksanaan elemen promosi yang patuh Syariah. Berikutan kurangnya semangat prinsip-prinsip Islam dalam kaedah promosi, ia mengakibatkan individu atau kumpulan yang terlibat dalam pemasaran Islam mendepani kekangan yang mencabar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen promosi yang patuh Syariah dalam campuran pemasaran Islam. Bersandarkan kepada model 7P campuran pemasaran sebagai asas teori, prinsip dan nilai patuh Syariah bagi elemen promosi dikenal pasti dan diekstrak daripada sumber Al-Quran dan Hadis. Data yang diperoleh kemudian dianalisis dan dipersembahkan secara deskriptif. Dapatan kajian memberikan suatu pandangan baharu bagi perlaksanaan elemen promosi patuh Syariah dalam pemasaran Islam. Kajian ini juga boleh menjadi suatu asas dan dasar ukuran kepada pengamal industri dan perniagaan dalam meneliti dan menilai implementasi promosi agar bertepatan dengan prinsip Syariah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.