AMALAN WAKAF DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI KOTA BHARU KELANTAN
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2984Keywords:
Wakaf, Regresi Logistik, Kepercayaan kepada Agama, Kerohanian, Kepuasan KebajikanAbstract
Wakaf merupakan salah satu institusi Islam yang telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. yang mana ia merupakan gabungan elemen rohaniah dan kebendaan. Wakaf berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan umat Islam. Walau bagaimanapun, hasil kajian terdahulu mendapati tahap kefahaman masyarakat
terhadap wakaf adalah pada tahap sederhana. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah borang selidik digunakan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan
bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor-faktor yang dikenal pasti. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa pemboleh ubah dalaman iaitu faktor kepercayaan kepada agama, faktor kerohanian dan faktor kepuasan kebajikan adalah
signifikan mempengaruhi amalan berwakaf. Turut mempengaruhi amalan berwakaf adalah pemboleh ubah demografi seperti tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangan tanggungan. Kajian ini membuktikan bahawa institusi wakaf dan pewakaf berperanan penting untuk memastikan objektif kajian melalui amalan wakaf dapat dicapai.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2009 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.