KESAN DASAR KEWANGAN TERHADAP JENIS KONTRAK PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM

Authors

  • Fidlizan Muhammad Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Yahya Mohd Hussin Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azila Abdul Razak Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v7i.3012

Keywords:

Dasar Kewangan, Kontrak Pembiayaan, Perbankan Islam,, Fungsi Tindak Balas, Fungsi Penguraian

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis kesan dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan dalam sistem perbankan Islam (SPI) di Malaysia. Dua kategori kontrak ditawarkan dalam SPI iaitu kontrak pembiayaan berasaskan prinsip jual beli (Bai’) yang terdiri daripada kontrak Bai’ Bi Thaman Ajil (BBA), Ijarah (IJA), Ijarah Thumma al-Bai’ (ITHB) serta Murabahah (MRB) dan kategori kedua adalah berasaskan perkongsian iaitu kontrak Mudarabah (MDB) dan Musyarakah (MSK). Analisis bagi enam jenis kontrak ini dilakukan menggunakan model VAR melalui dua bentuk ujian iaitu Fungsi Tindak Balas (IRF) dan penguraian varian (VDC). Data bulanan dari bulan Januari, 2007 hingga bulan Jun, 2010 digunakan bagi mencapai tujuan kajian ini. Hasil daripada analisis IRF, kontrak BBA, IJA, MSK dan MDB sensitif dengan inovasi atau perubahan dalam pemboleh ubah dasar kewangan. Dapatan daripada ujian VDC pula menunjukkan pemboleh ubah kewangan mempunyai kekuatan relatif untuk meramal kontrak jual beli antara 10 hingga 20 peratus. Manakala, kontrak perkongsian pula lebih kuat diterangkan oleh pemboleh ubah makro. Walau bagaimanapun, perubahan dalam pemboleh ubah kewangan akan mempengaruhi kekuatan hubungan ini.

Downloads

Published

2013-06-30

How to Cite

Muhammad, F., Mohd Hussin, M. Y., & Abdul Razak, A. . (2013). KESAN DASAR KEWANGAN TERHADAP JENIS KONTRAK PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 7, 60–70. https://doi.org/10.51200/ljms.v7i.3012

Issue

Section

Articles
Total Views: 491 | Total Downloads: 370