ANALISIS TEMPOH MASA PENYENARAIAN SEMULA SAHAM PATUH SYARIAH DI BURSA MALAYSIA

Authors

  • Fidlizan Muhammad
  • Mohd Yahya Mohd Hussin
  • Azila Abdul Razak
  • Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani
  • Salwa Amirah Awang

Keywords:

Pasaran saham, Keputusan pelaburan, Piawaian, Patuh Syariah, Pembangunan kewangan

Abstract

Sekuriti Patuh Syariah yang diurusniaga di Bursa Malaysia disaring menggunakan metodologi khusus oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). Metodologi ini mula dilaksana pada tahun 1997 dan telah melalui beberapa perubahan. Metodologi semakan tahun 2013 merupakan pendekatan yang diguna pakai sehingga kini. Kesan pelaksanaan metodologi ini pada tahun 2013 menyebabkan 158 sekuriti telah dinyah senarai. Kajian menganalisis status syariah terkini sekuriti berkaitan sama ada telah disenarai semula atau sebaliknya. Tiga sektor dipilih untuk tujuan analisis iaitu barangan pengguna, barangan industri dan dagangan/perkhidmatan melibatkan 121 sekuriti. Hasil analisis mendapati, 41 sekuriti bersatus kekal tidak disenarai semula, manakala 80 sekuriti pula telah berjaya disenarai semula. Analisa tempoh masa menunjukkan lebih 60 peratus sekuriti berjaya disenarai semula patuh syariah dalam tempoh jangka pendek, dan bakinya pula dalam tempoh jangka sederhana.  Pengetahuan tempoh masa ini menyumbang input tambahan kepada pelabur yang berhadapan situasi ini membuat keputusan untuk melupuskan atau mengekalkan pegangan sekuriti berkaitan.

Downloads

Published

2024-06-27

How to Cite

Muhammad, F., Mohd Hussin, M. Y., Abdul Razak, A. ., Mohamed Shaarani, A. Z., & Awang, S. A. (2024). ANALISIS TEMPOH MASA PENYENARAIAN SEMULA SAHAM PATUH SYARIAH DI BURSA MALAYSIA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 18(1), 131–149. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/LJMS/article/view/4723
Total Views: 18 | Total Downloads: 11