Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah

The Factors of Family Situation and their Relation with Self-esteem among Problematic Students

Authors

  • Nurul Hudani Md. Nawi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Anuar Din Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Puteri Hayati Megat Ahmad Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

faktor situasi keluarga, penghargaan kendiri, pelajar bermasalah, family situational factors, self-esteem, problematic students

Abstract

Objektif kajian adalah untuk meneliti faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di Pedalaman Pantai Timur Sabah. Kaedah tinjau selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Terdapat 494 orang pelajar terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 349 terdiri pelajar lelaki dan seramai 145 adalah pelajar perempuan. Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) yang dibangunkan oleh Beck (1991) merupakan instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur kebergantungan pelajar manakala alat kajian Rosenberg Self–Esteem (RSE) (Rosenberg, 1965) digunakan bagi mengukur penghargaan kendiri. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) - Windows 18.0. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Hasil kajian mempamerkan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar yang bermasalah adalah berada pada tahap sederhana iaitu 69.2%. Di samping itu, hasil ANOVA Sehala menunjukkan terdapat  perbezaan yang signifikan bagi penghargaan kendiri berdasarkan pendapatan F (6,487) =2.94, p< 0.05). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri (r = .22, p<0.05). Namun begitu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat korelasi yang signifikan bagi faktor situasi keluarga (kawalan dan keperihatinan sosial) dengan penghargaan kendiri. Implikasi kajian ini menjelaskan pelajar–pelajar yang bermasalah ini harus diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama dengan menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling berkala supaya mereka mempunyai peluang yang sama dengan pelajar lain dalam membentuk jati diri yang lebih mencerlah. 

The objectives of the study were to examine family situational factors (control, social concerns, family conflicts) related to the self-esteem among problematic students in the rural secondary schools, Eastern Coast of Sabah. A survey method has been employed in this study as a research design, using a purposeful sampling. There were 494 students who were involved in this study in which 349 male and 145 female. Beck Codependence Assessment Scale (BCAS), developed by Beck (1991), is an instrument employed to measure students’ dependency, while Rosenberg Self–Esteem (RSE) (Rosenberg, 1965) is employed to measure self-esteem. Data were analysed using software of Statistical Package For Social Science (SPSS) - Windows 18.0. Descriptive and inferential statistics were employed to answer research questions and hypothesis. Findings showed that self-esteem among the problematic students were at the moderate level, 69.2 %. ANOVA indicated that there was a statitically significant different for self-esteem based on income F (6,487) =2.94, p < 0.05). Findings also showed that there was a statitically significant relation between family situational factors (family conflicts) and self-esteem (r = .22, p <0.05). However, findings also found that there was no statitically significant relation between family situational factors (factors (control and social concerns) and self-esteem. The implications of this study for the problematic students need to be given serious attention by the schools, particularly providing a periodic guidance service and counselling so that they have an equal opportunities in establishing their identity.

Published

2019-12-10

How to Cite

Md. Nawi, N. H., Din, A., & Megat Ahmad, P. H. (2019). Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah: The Factors of Family Situation and their Relation with Self-esteem among Problematic Students. Borneo International Journal of Education (BIJE), 1. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/bije/article/view/1776
Total Views: 1245 | Total Downloads: 4490