PENGARUH MONSUN TERHADAP BAHAYA BANJIR: KAJIAN KES DATARAN BANJIR BEAUFORT, SABAH

THE EFFECT OF MONSOON TOWARDS FLOOD HAZARD: CASE STUDY OF FLOOD PLAINS IN BEAUFORT, SABAH

Authors

  • ADI JAFAR Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah
  • NORDIN SAKKE Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah
  • MOHAMMAD TAHIR MAPA Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah
  • AZALI SAUDI Fakulti Sains komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • DIANA HASSAN Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • FIONNA GEORGE Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah

Keywords:

Monsun, Banjir, Flood, Monsoon, Northeast Monsoon, Southwest Monsoon, Beaufort Flood Plains, Monsun Timur Laut, Monsun Barat Daya, Dataran Banjir Beaufort

Abstract

ABSTRAK Jumlah hujan yang tinggi merupakan salah satu penyebab kejadian banjir. Intensiti atau jumlah hujan di satu-satu kawasan pula dipengaruhi oleh fenomena musim monsun. Pantai Timur Semenanjung misalnya mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika berlakunya musim monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap tahap bahaya banjir ketika musim tersebut. Ini menunjukkan peningkatan tahap bahaya banjir di sesetengah kawasan khususnya di Pantai Timur Semenanjung dipengaruhi oleh kejadian monsun timur laut. Daerah Beaufort merupakan salah satu kawasan hot spot banjir di Sabah. Oleh itu, kajian ini ingin mengenal pasti sama ada kejadian banjir yang berlaku di daerah Beaufort juga dipengaruhi oleh fenomena monsun. Justeru, data hidrologi yang diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diintegrasikan bersama data pengukuran tikas di kawasan kajian bagi menentukan ciri-ciri banjir sepanjang tempoh 10 tahun (2009-2018). Data dianalisis menggunakan perisian Anaconda Python versi 3.7 melalui aplikasi Pandas. Melalui analisis tersebut, ciri-ciri banjir seperti aras kedalaman, tempoh masa kejadian dan kekerapan banjir diperolehi. Kajian ini mendapati tahap bahaya banjir di daerah Beaufort adalah lebih dominan pada musim monsun timur laut berbanding monsun barat daya. Walhal, purata jumlah hujan didapati lebih tinggi pada musim monsun barat daya. Ini menunjukkan tahap bahaya banjir di daerah Beaufort tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh fenomena angin monsun.

 

ABSTRACT High rainfall is a major cause of floods. The intensity or amount of rainfall in one area is influenced by the monsoon season. The East Coast Peninsular Malaysia, for example, has a high average rainfall during the northeast monsoon season. This has led to an increase in the flood risk during the season. This indicates an increase in the level of flood hazards in some areas, particularly on the East Coast Peninsular, affected by the northeast monsoon event. Beaufort District is one of the flood hot spots in Sabah. Therefore, this study seeks to determine whether flood events occurring in the Beaufort area are also influenced by monsoon phenomena. Therefore, the hydrological data obtained from the Department of Irrigation and Drainage were integrated with the strandline measurement data in the study area to determine the characteristics of the flood over a period of 100 years (2009 to 2018). The data were then analyzed using Anaconda Python version 3.7 software through the Pandas application. Through these analyzes, the characteristics of floods such as depth, duration and frequency of floods are obtained. This study found that the level of flood hazard in the Beaufort area was more dominant during the northeast monsoon than in the southwest monsoon. However, the average rainfall was higher during the southwest monsoon season. This indicates that the level of flood hazard in the Beaufort area is not completely affected by the monsoon phenomenon.

References

Adi Jafar, Mohammad Tahir Mapa & Nordin Sakke. (2016). Impak aktiviti pembangunan terhadap tren kekerapan dan magnitud banjir di Lembangan Sg. Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 12, 97-116

Published

2020-12-23

How to Cite

JAFAR, A. ., SAKKE, N., MAPA, M. T. ., SAUDI, A., HASSAN, D. ., & GEORGE, F. . (2020). PENGARUH MONSUN TERHADAP BAHAYA BANJIR: KAJIAN KES DATARAN BANJIR BEAUFORT, SABAH: THE EFFECT OF MONSOON TOWARDS FLOOD HAZARD: CASE STUDY OF FLOOD PLAINS IN BEAUFORT, SABAH. Jurnal Kinabalu, 165. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2769

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>