PENYERTAAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DALAM PILIHAN RAYA UMUM 14 (PRU-14) DI SABAH: PENELITIAN KE ATAS POLA PENGUNDIAN, PENDEKATAN BERKEMPEN DAN PERSEPSI MASYARAKAT

THE MALAYSIAN ISLAMIC PARTY (PAS) IN 14th GENERAL ELECTIONS (GE-14) IN SABAH: A STUDY ON VOTING PATTERN, CAMPAIGN APPROACHES AND SOCIETY’S PERCEPTION

Authors

  • Mohamad Shaukhi Mohd Radzi
  • Syahruddin Awang Ahmad
  • Nordin Sakke

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1679

Keywords:

Pola pengundian, Harakah Islamiah, persepsi, Ceramah Kelompok, kempen maya, Voting pattern, Islamic Movement, perception, Lectures Group, virtual campaign

Abstract

Kajian menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan analisis data sekunder ke atas pendekatan kempen dan pola pengundian akar umbi terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara PAS Sabah dengan parti-parti politik lain di negeri ini. Tahap sokongan yang sederhana dan kemampuan untuk menarik sokongan pengundi yang agak terbatas kepada masyarakat Islam dan segelintir penyokong bukan beragama Islam di negeri ini membuktikan wujudnya laluan berliku yang telah diharungi PAS Sabah dalam merealisasikan 'anak sulung' untuk PRU kali ini. Corak sokongan yang tidak menyeluruh secara relatif juga menunjukkan bahawa masyarakat Islam khasnya dan bukan Islam amnya di negeri ini perlu dibimbing dan diperbetulkan persepsi mereka terhadap kemampuan sebenar agama Islam sebagai landasan kehidupan yang hakiki. Kejelasan aspirasi 'gagasan sejahtera' sebagai manifesto PAS adalah baik untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama tetapi selagi mandat untuk memerintah negeri ini masih belum diperoleh oleh Parti yang sudah lama bertapak di negara ini, maka selagi itulah kebaikan yang dibawa oleh Islam melalui PAS tidak dapat direalisasikan. Justeru, pendekatan kempen yang berteraskan harakah Islamiah serta „muwajahah silmiyyah’ amat penting untuk dipertingkatkan kaedah dan salurannya demi menghebahkan mesej berkenaan dengan nilai-nilai Islam untuk semua rakyat di negeri ini. Usaha ini perlu diperkemas khusus untuk PAS Sabah menanamkan keyakinan masyarakat berbilang kaum di negeri ini agar seiring dengan perjuangannya. Kelebihan yang ada pada PAS adalah pengalaman yang luas dalam mengendalikan pendekatan Ceramah Kelompok dan sudah tentu aplikasi Facebook melalui kempen maya. Aspek ini jika diberikan perhatian dengan memasukkan idea-idea pembangunan ekonomi dan sosial di Sabah seharusnya berupaya memperkukuhkan strategi dan taktik kempen parti ini untuk berjaya meraih undi lebih besar dalam PRU-15 yang akan datang.

Abstract

The study uses participatory observation and secondary data analysis on campaign approaches and the pattern of voting back to the Islamic Party of Malaysia (PAS) in the past 14th General Election (GE), witnessing the fierce competition between Sabah PAS and other political parties in the state this is. A moderate level of support and the ability to attract Sabah people to cast a significant vote for PAS is a winding-up of PAS Sabah in realizing the 'eldest child' for the GE. A relatively incomplete support pattern also shows that Muslim and non-Muslim communities in Sabah seem to be well guided and rectified their perceptions of the true ability of Islam as the essential foundation of life. The clarity of the aspirations of 'prosperous ideas' as a manifesto of PAS is good for all multiracial and religion in the Sabah, but not until PAS Sabah get its mandate to govern this state even PAS itself is known for its long-standing Party in this country, Only then the goodness brought by Islam through PAS can be realized. Thus, the approach of the Islamic-based campaign and the ‘muwajahah silmiyyah’ is crucial for enhancing its methods and channels in order to preach the message regarding Islamic values for all the people in the state. It needs to be streamlined specifically for PAS Sabah to inculcate confidence in multiracial society in the state in line with its struggle. The advantages of PAS are the vast experience in controlling ways of campaigning like Group Lecture approach and of course the Facebook app through the Virtual Campaign. This aspect of being emphasized by incorporating economic and social development ideas in Sabah should be able to reinforce the party's campaign strategy and tactics to succeed in gaining greater votes in the coming 15th General Election.

Author Biographies

Mohamad Shaukhi Mohd Radzi

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Syahruddin Awang Ahmad

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Nordin Sakke

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

References

Abu Bakar Chik. 2010. Menegakkan perjuangan: Memenangi pilihanraya menerusi persiapan Tarbiyyah. Dungun: Mampu Kurnia.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2009. The new challenges of political Islam in Malaysia. Dibentangkan di Asia Research Centre Conference On ‘New Modes Of Governance And Security Challenges In The Asia-Pacific’, Murdoch University, Perth, 12 – 13 February

Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah. 2018. Sejarah penubuhan PAS Sabah. Atas talian https://pasabah.wordpress.com/about/. 23 Jun

Badlihisham Mohd Nasir & Othman Talib. 2003. Tasawwuf dalam gerakan dakwah tanah air, Jurnal Usuluddin. 18, 1-24.

Badlihisham Mohd Nasir. 2000. Dakwah gerakan Islam tanah air: Sorotan terhadap PAS, ABIM dan JIM, dalam Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Berita Harian. 2018. PAS Sabah bertanding lapan kerusi Parlimen, 18 DUN.

Hassan Shukri. 2002. Ke arah memahami dasar dan pegangan PAS. Rantau Panjang: Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

IKSAS. 2018. Pas & Sejarah pilihanraya Sabah: 1986 – 2008. Dibentangkan dalam Majlis Penerangan Jentera Penerangan PAS Kawasan. Pejabat Badan Perhubungan PAS Sabah, Kota Kinabalu. 18 Februari.

Isa Ansory. 1989. Kewajipan umat Islam dalam pilihanraya. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar

Ismail Yusoff. 2004. Politik dan agama di Sabah. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamarudin Salleh. 2010. Modenisme dalam Politik Islam: Sifat, perkembangan dan impaknya di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lukman Thaib. 2013. Muslim politics in Malaysia and the democratization process. International Journal of Islamic Thought, 3, 45-57

Mueller, M.D. 2014. Islam, politics and youth in Malaysia: The pop-Islamist reinvention of trans-disciplinary perspectives, Journal of Current Southeast Asian Affairs, 37(1), 3-26.

Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria. 2015. Pasca-Islamisme dalam PAS: Analisis terhadap kesan Tahalluf Siyasi, International Journal of Islamic Thought, 8, 52 – 60.

Muller, D. M., & Kerstin, S. 2018. The bureaucratisation of Islam in Southeast Asia. New York: Routledge.

PAS. 2012. Perlembagaan PAS (Pindaan 2011). Batu Caves: Pejabat Agung PAS.

Syahruddin Awg. Ahmad & Mohd. Shaukhi Mohd. Radzi. 2016. Dakwah di internet: Aplikasi model tetingkap Ekni (TtEKNI) ke atas wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) : 45-63

Tubbs, S. & Moss, S. 2008. Human communication: Principles and contexts. New York: McGraw Hill.

Utusan Borneo. 2018. PAS Tampil calon bukan Islam di Sabah. 22 April.

Utusan Online. 2018. Peta Kawasan Pilihan Raya Negeri Sabah 2018. 15 September

Published

2018-12-31

How to Cite

Mohd Radzi, M. S., Awang Ahmad, S., & Sakke, N. (2018). PENYERTAAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DALAM PILIHAN RAYA UMUM 14 (PRU-14) DI SABAH: PENELITIAN KE ATAS POLA PENGUNDIAN, PENDEKATAN BERKEMPEN DAN PERSEPSI MASYARAKAT: THE MALAYSIAN ISLAMIC PARTY (PAS) IN 14th GENERAL ELECTIONS (GE-14) IN SABAH: A STUDY ON VOTING PATTERN, CAMPAIGN APPROACHES AND SOCIETY’S PERCEPTION. Jurnal Kinabalu, 437. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1679
Total Views: 966 | Total Downloads: 886

Most read articles by the same author(s)