AIR TIDAK BERHASIL (NRW): CABARAN KE ATAS SEKURITI BEKALAN AIR DI SABAH, MALAYSIA

NON-REVENUE WATER (NRW): CHALLENGES ON WATER SUPPLY SECURITY IN SABAH, MALAYSIA

Authors

  • NORDIN SAKKE Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah
  • ADI JAFAR Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah
  • AMIRAH ABIDIN Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu Sabah

Keywords:

Bekalan air terawat, air tidak berhasil, Bekalan air terawat, Air Tidak Berhasil, Keselamatan Air, Sabah., Sabah, Malaysia, Treated water supply, non-revenue water, water security

Abstract

ABSTRAK Air Tidak Berhasil (NRW) adalah isu serius dan boleh mengancam sekuriti air di Sabah. Isu ini bukan sahaja dialami oleh Sabah tetapi juga di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah. Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW kekurangan bajet dan keadaan paip yang telah usang menjadi cabaran dan halangan utama. Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang mengakibatkan kadar NRW di Sabah kekal melebihi 50 peratus dan antara yang tertinggi di Malaysia. Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan tetapi impaknya adalah terlalu kecil di mana jumlah pengurangan tahunan NRW antara tahun 2005 hingga 2018 sekitar 0.35 peratus. Jumlah ini amat rendah dan ia telah membuka ruang kepada kehilangan pendapatan sehingga jutaan ringgit. Berdasarkan data rinci komponen bekalan air yang diperoleh daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JBANS), jumlah kerugian akibat NRW antara 2015 hingga 2017 sekitar RM657 juta. Jumlah ini agak besar dan kerugian ini boleh menyiapkan satu loji rawatan air yang baharu. Oleh itu, komitmen yang berterusan perlu disemai bukan setakat dalam kalangan pekerja JBANS, tetapi komuniti pengguna air dan juga penglibatan persekutuan untuk bantuan modal bagi menjayakan program pengurangan NRW. Sasaran 31 peratus masih jauh untuk digapai, tetapi sekiranya komitmen berterusan dapat dilaksanakan sudah pasti ancaman NRW terhadap keselamatan air dapat diminimumkan.

 

ABSTRACT Non-Revenue Water (NRW) is a serious issue and could threaten water security in Sabah. This issue is not only experienced by Sabah but also at the world level. It is an indicator of the inefficiency of the water industry players to be distributed to the target group. Although there is a commitment to implement NRW reduction, however the budget deficiency and the obsolete pipe conditions are major challenges and obstacles. Leakage, water theft and meters are obsolete resulting in NRW in Sabah remained above 50 per cent and among the highest in Malaysia. There are some businesses that have been carried-out but the impact is too small where the total annual reduction of NRW between 2005 to 2018 around 0.35 per cent. This percentage is very low and it has opened the door to the loss of income up to millions of ringgits. Based on detailed water supply data obtained from Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JBANS), the total loss due to NRW between 2015 to 2017 is around RM657 million. This amount is quite large as it can be used to set up a new water treatment plant. Therefore, the ongoing commitment needs to be instilled not only among JBANS employees, but also the community of water users as well as federal involvement for capital assistance to make the NRW reduction program a success. The target of 31 per cent is still a long way to go, but if it been implemented consistently, NRW's threat to water security will be minimized.

References

Adi Jafar, Mohammad Tahir Mapa & Nordin Sakke. (2016). Impak aktiviti pembangunan terhadap trend kekerapan dan magnitud banjir di lembangan sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 18, 97–116.

AWER. (2014). Estimated loss of revenue due to NRW between 2008 and 2013 is more than RM 10 billion! Dilayari daripada http://www.awer.org.my/?pgid=home&cid=354 pada 2 Oktober 2020.

Bernama. (1 Februari 2019). Pelarasan tarif baru air seluruh negara perlu. Dilayari daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/01/pelarasan-tarif-baru-air-seluruh-negara-perlu/ pada 12 Oktober 2020.

BH Online. (22 Mac 2018). Parlimen: NRW di Sabah paling teruk - Maximus. New Straits Times. Dilayari daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402402/parlimen-nrw-di-sabah-paling-teruk-maximus pada 1 November 2020.

Borneo Post Online. (31 Oktober 2018). RM170 mln to address NRW issue. Dilayari daripada https://www.theborneopost.com/2018/10/31/rm170-mln-to-address-nrw-issue/ pada 12 Oktober 2020.

Borneo Today. (19 April 2019). Sabah komited capai sasaran NRW ditetapkan Peter. BorneoToday.net. Dilayari pada daripada https://www.borneotoday.net/sabah-komited-capai-sasaran-nrw-ditetapkan-peter/ 12 Oktober 2020.

Chan, N.W. (2004). Managing water resources in the 21st century involving all stakeholders towards sustainable water resources management in Malaysia. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DOSM. (2019). Poket stats negeri. Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Dilayari daripada https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/7_Publication/Infographic/PocketStats/Negeri/Sabah/files/assets/basic-html/page1.html pada 12 Oktober 2020.

Frauendorfer, R., & Liemberger, R. (2010). The issues and challenges of reducing Non- Revenue Water. Mandaluyong City, Philippines: Asian Development Bank.

Hasnul, M.S. & Normayasuria, A.M. (2012). Non-Revenue Water, impak kepada perkhidmatan, alam sekitar dan kewangan. Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Dilayari daripada http://www.jba.gov.my/index.php/en/rujukan/papers/472non-revenue-water-impak-kepada-perkhidmatan-alam-sekitar-dan-kewangan pada 12 Oktober 2019.

IWA. (Oktober, 2000). Losses from water supply systems: Standard terminology and recommended performance measures. IWA October 2000. Dilayari daripada https://waterfund.go.ke/watersource/Downloads/001.%20Losses%20from%20water%20supply%20systems.pdf pada 28 Julai 2020.

JBANS. (2016). NRW daerah di Sabah 2015. Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (Tidak diterbitkan).

JBANS. (2020). Jabatan Air Negeri Sabah (JANS): Latar Belakang/Sejarah. Dilayari daripada https://water.sabah.gov.my/?q=ms/content/latar-belakang-sejarah pada 12 Oktober 2020.

JPS. (2011). Review of the national water resources (2000–2050) and formulation of national water resources policy Vol. 18 Sabah, Final Report, August 2011. Ranhill Consulting Sdn. Bhd.

Jurry Foo et al. (2016). Understanding the utilization of natural resources for livelihood in Liwagu water catchment area. Jurnal Kinabalu, 22, 109–l12.

KeTSA. (11 Oktober 2018). Non-Revenue Water (NRW) Statistics. Dilayari daripada https://www.data.gov.my/data/en_US/dataset/non-revenue-water-nrw-statistics pada 2 Oktober 2019

Lai Chee Hui, Chan Ngai Weng & Nor Azazi Zakaria. (2013). Non-revenue water management in Malaysia: A review of selected water service providers in Malaysia. Geografi, 1(2), 7–17.

Lambert A. (Ogos, 2003). Assessing non-revenue water and its components: A practical approach. Water. Dilayari daripada https://www.pacificwater.org/_resources/article/files/IWA%20Standard%20Water%20Balance_Water%20Loss%20Task%20Force%20Article%202.pdf pada 2 Oktober 2019.

Maisharah Mohamed. (2016). Kajian trend Air Tidak Berhasil (NRW) di Kota Kinabalu. Kajian kes Taman Milek. Latihan Ilmiah (Tidak diterbitkan). Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Nordin Sakke, Hamirdin Ithnin, M., & Suhaily Yusri Che Ngah. (2014). Pengaruh Air Tidak Berhasil (NRW) ke atas kemapanan bekalan air di Selangor, Malaysia. Jurnal Perspektif, 6(2), 66–81.

NST. (28 November 2018). Xavier: Reducing non-revenue water by 1pc will cost RM800,000. Dilayari daripada https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/435434/xavier-reducing-non-revenue-water-1pc-will-cost-rm800000 pada 2 Oktober 2020.

Salcon. (2020). Non-Revenue water. Dilayari daripada https://www.salcon.com.my/Our-Businesses/water-wastewater/non-revenue-water pada 28 Oktober 2020.

SEDIA. (2013). BAB 5 Membangunkan infrastruktur dan insan sebagai pendaya utama pembangunan. Dilayari daripada http://www.sedia.com.my/SDC_Blueprint/Blueprint_BM/BAB5.pdf pada 2 Oktober 2019.

SPAN. (2019a, Julai–Disember). Buletin 2019 SPAN (Ed. Ke-2). Dilayari daripada https://www.span.gov.my/document/upload/pXSFYxhB630VOz0o0sylNUUOS5k3aRZ9.pdf pada 2 Oktober 2020.

SPAN. (2019b). Laporan tahunan 2018. Dilayari daripada https://www.span.gov.my/document/upload/D5JoapftrLSaCCPh69zqhGokD8pzvN8B.pdf pada 2 Oktober 2020.

Statistics How To. (2020). Mann-Kendall trend test: Definition, running the test. Dilayari daripada https://www.statisticshowto.com/mann-kendall-trend-test/ pada 2 Oktober 2020.

Published

2020-12-23

How to Cite

SAKKE, N., JAFAR, A. ., & ABIDIN, A. . (2020). AIR TIDAK BERHASIL (NRW): CABARAN KE ATAS SEKURITI BEKALAN AIR DI SABAH, MALAYSIA: NON-REVENUE WATER (NRW): CHALLENGES ON WATER SUPPLY SECURITY IN SABAH, MALAYSIA. Jurnal Kinabalu, 295. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2782

Most read articles by the same author(s)