About the Journal
Jurnal Komunikasi Borneo diterbitkan sekali setahun oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah. Artikel-artikel yang dimuatkan dalam jurnal ini merupakan diskusi yang berkaitan dengan falsafah, teori dan interpretasi dalam bidang komunikasi serta bidang-bidang lain yang relevan pada masa kini. Jurnal ini bertujuan sebagai wadah utama dalam perkongsian hasil penyelidikan dalam bidang komunikasi dan bidang-bidang yang lain di antara penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan penyelidik dari universiti luar serta mana-mana institusi penyelidikan. Selain itu, jurnal ini boleh dijadikan sebagai alternatif rujukan terbaik kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dan pengkaji dari dalam dan luar negara untuk membuat rujukan yang berkaitan dalam pelbagai bidang khususnya komunikasi.