Perhubungan Raya Berkesan Meningkatkan Kesedaran Rakyat Sabah Kepada Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh Kerajaan

Authors

  • Mohd Hamdan Adnan Faculty of Humanities, Arts and Heritage, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.v1i0.146

Keywords:

Kerajaan, maklumat, informasi, perhubungan raya, pembangunan, perkhidmatan, perhubungan raya dan pendapat umum/awam

Abstract

Kertas kerja ini adalah hasil suatu kajian untuk mengetahui sama ada rakyat Sabah sebagai pengguna perkhidmatan dan kemudahan kerajaan sedar mengenai kewujudannya serta memiliki maklumat yang mencukupi terhadapnya serta penggunaan dan tahap kepuasan mereka mengenainya. Ia juga berusaha untuk mengetahui sama ada perhubungan raya kerajaan membantu memaklumkan kepada rakyat setiap perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Juga, kajian ini berusaha untuk memperoleh pendapat umum mengenai dan kesannya terhadap mereka. Kajian turut berusaha untuk menentukan media manakah yang paling berkesan dalam menggalakkan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan awam yang disediakan. Seterusnya, kajian mahu menentukan perkhidmatan dan kemudahan yang paling diperlukan serta yang sangat dihargai. Andaian kajian ini ialah kian banyak maklumat mengenai sesuatu perkhidmatan ini semakin ia disedari dan dihargai dan lebih digunakan. Ia juga mempercepatkan proses transformasi positif negara untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Maklumat atau informasi boleh diperoleh secara pendedahan kepada media dan pengalaman sendiri. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan rawak menggunakan soalan-soalan yang telah disediakan dan dianalisis menggunakan SPSS. Di antara penemuan tinjauan ini ialah hampir kesemua responden menyedari akan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan di mana pengalaman sendiri menjadi sumber utama kepada pengetahuan atau pendapat mengenainya. Turut ditemui ialah responden yang cenderung untuk tidak berpuas hati atau lebih kritikal terhadap mutu kemudahan dan perkhidmatan yang sediakan oleh kerajaan adalah ahli-ahli parti pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan. Namun begitu, turut ditemui adalah tidak ramai responden yang menjadi ahli kepada parti politik mahu pun pertubuhan bukan kerajaan dengan hanya 18% mengaku sedemikian. Rumusan artikel ini adalah pihak kerajaan perlu meningkatkan lagi PR kerajaannya supaya setiap perkhidmatan dan kemudahannya lebih disedari,digunakan serta dihargai.

Downloads

Published

2016-04-01
Total Views: 558 | Total Downloads: 314