Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Faktor-Faktor Penentuan Kemenangan Di Sabah.
DOI:
https://doi.org/10.51200/jkob.v1i0.150Keywords:
sabah, pru13Abstract
Persekitaran politik Sabah umumnya disifatkan sebagai bank pengundi atau “simpanan tetap†oleh Kerajaan Persekutuan atau Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan bahawa Sabah adalah “simpanan tetap†politik BN. Najib menyatakan akan memelihara dan menambahbaik “simpanan tetap†tersebut untuk memastikan BN terus berkuasa. Malahan Pakatan Rakyat (PR) juga mengiktirafnya dan cuba menjadikannya sebagai salah satu strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) dalam usaha mereka menawan Putrajaya. Di Sabah terdapat 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parliamen untuk ditandingi. Dalam PRU ke-12 tahun 2008 BN menang 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Bagaimanapun dengan keluarnya Parti Maju Sabah (SAPP) daripada BN menyebabkan BN kekurangan 2 kerusi Parlimen. Komposisi parti politik dalam DUN Sabah sebelum PRU ke-13 ialah BN 57 kerusi, SAPP 2 kerusi dan DAP 1 kerusi. Dalam PRU ke-13 BN mengekalkan 48 kerusi DUN, kalah 11 kerusi. PR memenangi 11 kerusi, dan parti baru tempatan Sabah, Parti Refomasi Negeri (State Reform Party, STAR) menang satu kerusi melalui Presidennya Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Sebuah lagi parti tempatan yang mempunyai dua kerusi sebelum PRU ke-13 tidak memenangi sebarang kerusi. Sangat menarik diperhatikan, parti pembangkang pada awalnya yakin mempunyai peluang menang lima puluh-lima puluh untuk menawan Sabah dalam memenuhi impian mereka membentuk Kerajaan Persekutuan. Semangat ini dikongsi bersama melalui blog-blog media sosial dalam internet. Bagaimanapun dengan promosi media perdana yang berterusan terhadap parti-parti pemerintah, gelombang kemenangan menyebelahi BN dibandingkan dengan PR. Kertas ini membincangkan strategi-strategi dan isu-isu yang digunakan parti-parti politik semasa PRU ke-13 di Sabah. Kertas ini juga melihat impak pencerobohan pengganas Suluk di Lahad Datu dan kecendorongan partiparti politik mengeksploitasi insiden tersebut bagi manafaat politik mereka. Kajian ini menggunakan kaedah temuramah seramai 20 personaliti tempatan, 100 pelajar dan 100 pengundi di Kiulu, Tuaran. Dalam pertandingan kerusi DUN N. 12 Kiulu majoriti kemenangan BN hanya 44 undi dan pemenangnya dilabel sebagai YB 44 atau Yang Berhormat 44 atau Datuk 44.