Sepuluh Tahun Sabah dalam Malaysia: Satu Analisis Akhbar Tempatan
DOI:
https://doi.org/10.51200/jkob.v1i0.152Abstract
Kertas kerja ini merupakan satu usaha awal untuk menilai ataupun menganalisis sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh akhbar tempatan dalam 10 tahun pertama (1964-1974) pembentukan Malaysia. Analisis dilakukan terhadap berita-berita muka depan akhbar Daily Express dan Kinabalu Sabah Times (The New Sabah Times). Dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar tempatan tidak berjaya memainkan peranan merapatkan hubungan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur. Apa yang berlaku, akhbar tempatan lebih mengutamakan berita politik antarabangsa serta berita sosial tempatan.

