Fungsi Dan Peranan Esscom Dalam Menjamin Keselamatan Sabah: Fungsi Dan Peranan Esscom Dalam Menjamin Keselamatan Sabah

Authors

  • Ramli Dollah Faculty of Humanities, Arts and Heritage, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Zambri Suharani

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.v2i0.153

Keywords:

ESSCOM, ESSZONE, keselamatan, Lahad Datu, komuniti, persepsi

Abstract

Makalah ini bertitik tolak daripada persoalan metedologi dan epistemologi dalam memahami persoalan keselamatan di negeri Sabah melalui penubuhan ESSCOM. Bagi mengatasi masalah ini, penulis cuba memberikan alternatif baru mengenai persoalan ini dengan menjelaskan isu ini daripada kacamata penduduk di lapangan. Dengan kata lain, makalah ini cuba untuk melihat persepsi komuniti di kawasan terpinggir dan kurang merupakan mendapat tempat di media massa dan media eltronik. Untuk tujuan tersebut, makalah ini melihat perbandingan persepsi ‘orang luar’ dan juga penduduk di Pantai Timur Sabah (atau dikenali sebagai komuniti ESSZONE) terhadap penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk terutamanya di wilayah ESSZONE. Makalah memfokuskan kepada beberapa kawasan di gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu yang meliputi beberapa kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani dan Tambisan. Makalah ini melihat bahawa ESSCOM ditubuhkan untuk menjamin keselamatan penduduk dalam komuniti ESSZONE. Oleh itu, apapun persepsi yang wujud mengenai penubuhan ESSCOM, makalah ini melihat ianya perlu dilihat dari perspektif ‘orang dalam’ iaitu komuniti ESSZONE sendiri. Makalah mendapati bahawa penubuhan ESSCOM adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit. Persepsi ini berbeza dengan persepsi sebahagian masyarakat luar yang melihat penubuhan ESSCOM sebagai satu ‘pembaziran’, ‘projek gajah putih’ dan ‘patut dibubarkan’. Dalam menyiapkan makalah ini, kombinasi kaedah temubual dan borang soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data di samping kaedah penyelidikan arkib, internet dan perpustakaan digunakan bagi menyokong hujah yang dinyatakan.

Downloads

Total Views: 8419 | Total Downloads: 1601