Wacana Islamofobia dalam Media Malaysia: Obligasi, Isu-isu dan Cabaran

Authors

  • Lee Kuok Tiung
  • Aisah Meri
  • Siti Suriani Othman
  • Liana Bt. Mat Nayan

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.v0i0.1574

Abstract

Abstrak

Kajian ini bertujuan menganalisis komitmen dan usaha yang dilakukan oleh media di Malaysia untuk membendung penularan propaganda dan sentimen yang bermotif mengaibkan nama baik Islam dan Muslim di samping usaha-usaha meneutralkan sterotaip rasis tersebut dengan memberikan maklumat yang tepat berkenaan Islam dan Muslim. Hasil dapatan kajian melalui kaedah temubual mendalam dengan pengamal media dari beberapa buah akhbar arus perdana, stesen radio dan televisyen FTA terpilih telah merumuskan dasar dan polisi kerajaan
Malaysia pada dasarnya secara tidak langsung sudah menyumbang kepada usaha-usaha mengawal penularan gejala Islamofobia. Komitmen untuk menjelas, mendidik dan memberikan kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam dan Muslim sering mendapat tempat menerusi rancangan-rancangan yang diterbitkan terutama melalui saluran media kerajaan. Tidak dinafikan ada berlaku insiden-insiden yang secara mudahnya boleh dimanipulasi untuk mencetuskan persengketaan sesama rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, tetapi media di Malaysia sentiasa komited membantu mengawal dan meredakan keadaan. Kebanyakan usaha ini lahir daripada kesedaran tanggungjawab diri pengamal media di Malaysia untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia.

Kata Kunci: islamofobia, pembingkaian, ekonomi politik, rasis, & masyarakat pluralistik.

Author Biographies

Lee Kuok Tiung

Universiti Malaysia Sabah

Aisah Meri

Universiti Malaysia Sabah 

Siti Suriani Othman

Universiti Tuanku Abdul Rahman

Liana Bt. Mat Nayan

Universiti Sains Islam Malaysia

Downloads

Published

2018-12-24
Total Views: 3608 | Total Downloads: 21344