Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu

Authors

  • Norhuda Salleh

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.v0i0.1575

Abstract

Abstrak
Simbol antara medium yang digunakan dalam perlakuan komunikasi bukan lisan bagi interaksi antara penyampai dan penerima pesan. Latar belakang sosial, pengalaman dan budaya antara faktor penting bagi memastikan maklumat yang disalurkan difahami oleh kedua-dua pihak. Adat persandingan merupakan acara kemuncak dalam pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Fokus kajian menganalisis simbol dan makna yang digunakan dalam adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan, Selangor. Input kajian diperoleh melalui pemerhatian turut serta dan temu bual mendalam bersama informan utama, iaitu Mak Andam dan pengamal adat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan simbol objek yang digunakan dalam pelaksanaan adat persandingan terdiri daripada inai, beras kunyit, air mayar, bunga rampai, pulut semangat, bunga telur, kompang, bunga manggar dan pelamin. Pemaknaan yang diberikan oleh masyarakat semasa pelaksanaan adat bersanding memberi pengertian, kesucian, kesuburan, pengharapan, penerimaan dan pemakluman.

Kata kunci: Komunikasi bukan lisan; simbol; pemaknaan; adat persandingan.

Author Biography

Norhuda Salleh

Unit Penyelidikan Warisan Borneo,
Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan,
Universiti Malaysia Sabah.

Downloads

Published

2018-12-24
Total Views: 986 | Total Downloads: 1523