Hubungan Interpersonal sebagai Pengukuhan Jaringan Sosial dalam Kalangan Komuniti Bajau Laut di Semporna, Sabah

Authors

  • Aishah Hossin

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.v0i0.1576

Abstract

Abstrak

Pengukuhan jaringan sosial dalam komuniti membantu ahlinya untuk saling memberikan sokongan bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga emosi. Jaringan sosial biasanya dikaitkan dengan ikatan kekeluargaan yang dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang dapat membantu dalam aliran pengetahuan dan sumber kepada ahli komuniti khususnya kepada mereka yang bermigrasi. Komuniti Bajau Laut di Semporna juga dikenali sebagai masyarakat sea nomad yang menjalankan aktiviti menangkap hasil laut dan menjalankan hampir sepenuhnya masa mereka di lepa. Dalam meneruskan kelangsungan hidup dan berdepan dengan arus modenisasi, komunti Bajau Laut telah berusaha memperbaiki hubungan interpersonal mereka untuk dijadikan asas kepada pengukuhan jaringan sosial dengan masyarakat disekeliling. Ini termasuklah hubungan interpersonal antara komuniti Bajau Laut sendiri dan komuniti tempatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan interpersonal yang diaplikasikan oleh komuniti Bajau Laut di dalam mengukuhkan lagi jaringan sosial mereka. Kajian ini melibatkan seramai sepuluh orang informan yang mana di peroleh melalui kaedah temu bual secara mendalam bersama key informan dan pemerhatian di lapangan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis tematik dan mendapati bahawa pengukuhan terhadap hubungan interpersonal yang tidak hanya terhad kepada komuniti Bajau Laut tetapi juga komuniti tempatan memberi ruang dan peluang kepada komuniti Bajau Laut untuk bergaul dan mendapatkan bantuan daripada bukan sahaja komuniti itu sendiri tetapi juga masyarakat tempatan.

Kata Kunci: Komuniti Bajau Laut, hubungan interpersonal dan jaringan sosial.

Author Biography

Aishah Hossin

Fakulti Kajian Pembangunan dan Kepelbagaian Budaya
Kolej Universiti Yayasan Sabah

Downloads

Published

2018-12-24
Total Views: 563 | Total Downloads: 779